mesti ade yang sesetengah daripada korang sumer ni perasan kenape la banyak sangat aku post
pasal mentaliti rakyat Terengganu bila kat atas jalan raya?
kenapa aku tulis macam tu?
kenapa ? why ?
sebab pertama sebilangan besar infrastruktur di Terengganu ni tidak menyediakan parking terutamanya
kat tengah-tengah bandar yang dikenali sebagai bandaraya warisan pesisir air konon.
sebab kedua adalah sikap pemandu sendiri yang pentingkan diri sendiri dan malas. malas punyer pasal
sampai berhenti kenderaan tepi garisan kuning pastu bila penguatkuasa datang baru pandai nak lari. mereka
tak sedar yang dah banyak kenderaan lain terpaksa elak sebab kenderaan beliau.
pastu banyak la sebab lain yang aku dah malas nak tulis. buat sakit mata jer kan? tapi aku ade la nak kongsi
sikit pengalaman mase balik kerja. mase tu pukul 10 malam aku lalu la depan stadium sebab ade perlawanan
bola sepak tapi yang mengejutkan aku adalah jalan tepi stadium yang 3 line jalan kat situ dah jadi 1 line sebab
orang berpakat parking samapai 3 lapis kereta.
tapi yang paling mengecewakan adalah, parking bertingkat yang rotary type yang baru seminggu dirasmikan
dan diheboh-hebohkan yang mengakatakan yang pertama kat Malaysia tu KOSONG! tak ader sejibik kenderaan pon yang parking kat sane. rakyat terengganu ni lebih raye mmemalukan negeri sendiri daripada
bayar RM2.70 untuk parking.
kalau pelancong luar negeri dan luar negara tengok mesti diorang akan kate "what the fuck?''
adusss...malu ke orang jer weihh...
Saturday, February 19, 2011
Tuesday, February 15, 2011
LATIHAN INTENSIF
Hampir 2 bulan aku kerja di McDonalds Paya Bunga dan kali aku nak berkongsi
pengalaman aku melakukan latihan intensif aku untuk membuat dessert. Posisi
aku pada masa itu hanya di French Fries tapi aku telah diberikan ilmu sebagai
Runner atau dikenali sebagai orang kanan Order Taker. Latihan intensif aku ni
bermula hanya dengan Sundae Cone iaitu aiskrim yang paling mudah tapi kemahiran
untuk membuatnya adalah nadi kepada semua dessert.Kata-kata crew of the year iaitu
Kak Lina masih terngiang-ngiang dalam telingaku ini. Dia berkata "Kalau tak pandai
buat Sundae Cone,maka tak boleh buat la semua jenis aiskrim"
Aku diberikan sebuah baldi dan 1 kon untuk latihan intesif ini. Latihan aku adalah
untuk membuat Sundae Cone paling sempurna bak gambar dalam papan iklan sampai kon
itu lembik. Putar demi putar aku lakukan untuk pencarian Sundae Cone yang sempurna.
Aku juga mendapat tunjuk ajar daripada kru-kru lain dan juga manager juga tak lepaskan
peluang untuk mengajar aku. Ade Sundae Cone yang aku buat terlalu gemuk, kurus, putaran
tidak stabil, dan banyak lagi. Selepas sundae telah mencapai 1 baldi dan kon aku pun dah
lembik serta berlubang, aku hanya dapat buat 6 Sundae Cone yang sempurna, 8 memuaskan dan
yang lain x boleh diterima atas sebab bentuk fizikal dan teknik putaran.
Perasaan semasa draw aiskrim keatas kon tu memang mendebarkan tetapi bila aiskrim yang
dibuat tu mencapai tahap sempurna, perasaan tu memang susah nak digambarkan dengan
kata-kata dan boleh dikatakan sama seperti selepas memasang model kit Gundam.
Friday, February 11, 2011
Projek Watak Chibi(PWC)- Special Edition 003
ni antara artwork yang paling bagus sepanjang perlancaran PWC ni..
![]() |
| real pic |
![]() |
| potrait form |
![]() |
| complete form |
walaupun muka agak berbeza tapi tuan punya gambar amat la berpuas hati dengan hasilnya.
sekarang ni aku kene lebihkan usaha untuk memantapkan lagi skill melukis.
Wednesday, February 9, 2011
PROJEK WATAK CHIBI
Salam, rasenye dah lame aku berseni atas sebab-sebab tertentu. Jadi kali ni aku sudah kembali dengan banyak projek, antaranya Projek Watak Chibi ataupun kiut. Projek ini dilakukan untuk menghargai sokongan dan dorongan kawan-kawanku terhadap perjuangan aku dalam bidang seni ini. Lakaran yang dilakukan berdasarkan gambar dan rekaan sendiri yang menepati piawaian bentuk muka kawan-kawanku. Lepas itu, salah seorang kawanku bercadang untuk aku mengembangkan bakat aku dengan lebih luas seperti membuat t-shirt dan slip-on shoe corak sendiri. Kini aku dah buat beberapa design t-shirt sambil mempromosikan
blog ini. Insyaallah, dalam beberapa bulan lagi baju itu akan diprintkan dan aku akan promotekan dalam blog ini. Sesiapa yang berminat boleh la hubungi aku. Kepada kawan-kawan yang telah menyokong selama ini walaupun dari belakang, terima kasih aku ucapkan.
Kepada yang berminat untuk memiliki gambar kartun sendiri seperti diatas, berkomunikasilah aku melalui FB, telefon dan lain-lain

Sunday, February 6, 2011
JATUH
Hari tu aku ingat akan berjaln dengan sempurna sebab aku mulakan hari aku dengan
pergi awal ke tempat kerja. Lebih awal daripada manger dan crew leader. Ditambah
pula dengan kelancaran aku membuat menu sarapan pagi. Tetapi apabila pertukaran
menu sarapan dengan menu sarapan pagi, semua jadi kelam kabut. Aku yang asalnya
berada di posisi Initiator pn boleh bertukar ke Bacth Frier, Bacth Griller, Assembler,
dan Chaser. Customer masuk tak henti-henti dari pukul 11 pagi hingga 3 petang tapi
aku ditemani Faizal, Ayie, Bi dan Yun. Pada pukul 3 lebih, aku ditugaskan untuk membuat
filtering minyak. Dalam pukul 4, aku habis filter bahagian french fries dan membuat
pertukaran peti penapisan atau lebih dikenali sebagai keranda minyak. Semasa pertukaran
itu berlaku aku terpaksa angkat keranda tu ke bahagian wet kicthen dan tiba aku terlanggar
Syakir yang baru masuk kerja dan terpijak tray bun yang licin apabila berada diatas lantai.
Kedua-dua impak maksima tersebut mengakibatkan aku hilang kestabilan diri lalu..
Kapoww!! Aku dah tergolek macam nangka yang segar dari ladang. Budak-budak ni pulak tolong
gelakkan aku dulu baru tolong angkat aku. Nasib baik tak ramai yang tengok. Siap jer filtering,
aku terus balik. Dengan letih dan sakit sikit-sikit aku terus tidur sebaik sahaja aku landing
atas katil
Monday, January 31, 2011
when bestfriend became a stranger
Aku mengenalinya pada Julai 2010 di laman sosial Facebook dan aku mula ber-sms
dengannya pada 17 Julai 2010. Hubungan kami agak akrab disebab perangai yang serupa.
Pada dia ni single dan tak mahu couple dengan sesaper jadi aku hormati keputusan dia
lalu aku jadikan dia sebagai kawan baik aku. Kami pernah berjumpa pada
Hari Raya Aidilfitri 2010, dia ni agak comel dan petah bercakap.
Akan tetapi, aku tidak menyangka sepanjang perhubungan kami selama ini telah
menimbulkan sesuatu yang tidak dijangka. Dia telah jatuh hati padaku. Aku yang tidak
menyedari hal itu terus menganggapnya sebagai kawan baik sahaja.
Hari demi hari dia menghantar sms untuk mengetahui perasaan aku padanya tetapi aku
banyak bergarau padanya kerana aku masih menganggapnya sebagai kawan baik sehingga suatu
masa dia berhenti menghantar mesej padaku selama 2 minggu. Aku ingatkan dia mahu tumpukan
perhatian pada peperiksaan tapi dia sudah berkapel dengan orang lain.
Selepas 3 minggu dia tidak menghantar mesej, aku mulai merasakan kehilangannya. Aku jadi
tidak menentu arah dan mendiamkan diri. Aku tidak buka akaun Facebook aku selama tempoh
tersebut. Kawan-kawan yang yang lain juga berasa pelik tentang kehilanganku dalam tempoh
yang agak lama itu.
Kini, kami sudah tidak menegur antara satu sama lain walaupun kami sama-sama on line.
Namun, aku selalu memantaunya dari jauh agar memastikan dia bahagia disamping insan
tersayang.
Kalaulah aku tahu perasaannya padaku. Kalaulah aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku
sanggup lakukan apa sahaja untuk berhubungan dengannya seperti dahulu. Aku sangat rindukan
mesej mengarut dia. Aku rindukan ucapan selamat pagi yang lewat itu. Aku mahu bergurau
dengannya seperti dulu.

| gambar ini hanyalah hiasan semata-mata |
Kalaulah aku tahu perasaannya padaku. Kalaulah aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku
sanggup lakukan apa sahaja untuk berhubungan dengannya seperti dahulu. Aku sangat rindukan
mesej mengarut dia. Aku rindukan ucapan selamat pagi yang lewat itu. Aku mahu bergurau
dengannya seperti dulu.
Saturday, January 29, 2011
TRAJEDI 27 JANUARI
Kali ni aku dah bengang tahap bangang apabila memikirkan mentaliti orang
Terengganu di atas jalan raya. Bukan niat aku nak mengutuk orang Terengganu
sedangkan aku sendiri pun anak jati Terengganu tapi bila kat atas jalan raya jer
aku jadi malu nak mengaku yang aku ni rakyat Terengganu.
Trajedi ni bukan la pertama kali dalam jangka hayat aku tapi setakat ni yang 27 januari 2011
la paling aku bengang. Mase tu hujan bercampur angin yang agak kuat, aku pulak baru balik dari
kerja naik motor dengan agak laju sebab sakit perut jadi aku ingat nak berhenti kat stesen minyak
kat Kampung Wakaf Mempelam. Mase tu kenderaan lain banyak la jugak sebab waktu biase orang
balik kerja pastu ade la sorang pakcik naik van nak buat U-turn dengan selambe dan muke tak bersalah.
Kalau nak buat U-turn tu buat la tapi pakcik ni tak tengok keadaan sekeliling dan terus buat u-turn
pastu van tu tak lepas dan tiba-tiba berhenti kat tengah jalan. aku pon terkejut dan brek mengejut.
Nasib baik la aku tak langgar sesaper dan sesaper tak langgar aku disebabkan brek mengejut aku tadi.
Pakcik tu dengan selambenye undur sikit dan terus lari. Pastu ade sorang mamat bawak motor EX5 tengok
ke arah aku lalu senyum sinis. Aku tanpa berfikir panjang dan terus berkata kepada mamat tu
"Bodo la pokcik tu. Takkan tak nampak aku tengah laju, nak jugak dia buat u-turn!"
Aku pon terus balik dan aku dah takder selera nak melabur kat stesen minyak.
Cuba korang bayangkan la apabila korang bawak motor 60 km/sejam keaatas dalam keaadan hujan dan tiba-tiba
ada van yang tak lepas buat U-turn dan berhenti betul-betul depan korang pastu korang pun brek mengejut
dengan keaadan jalan yang basah.
Bukan niatku nak bagi ceramah ke hape tapi cubalah jadi insan yang boleh berfikir untuk orang lain dan
janganlah pentingkan diri sendiri. Ingatlah garisan kuning tepi jalan tu tandanye takleh berhenti apatah lagi
parking kat situ. Fikir la sikit dan jangan malukan orang Terengganu. Cuba jadi golongan yang boleh berfikir dengan professional. Don't drink and drive and beware of dogs.
.

Thursday, January 27, 2011
Akibat lame x update
perghh..lame betul aku x update blog busuk aku ni..
biasela orang mude kan, mesti sibuk dengan tugasan2 harian...
aku ni bukan la nak mintak simpati ke mende...tp tahun ni aku ade la buat
kira-kira dan aku dapati duit untuk aku bayar banyak mende ni x cukup dengan ape yang ape yang aku ade..
jadi aku buat penyelasaian untuk kerja kat Mc Donald Paya Bunga...
jadi sekarang ni aku dah 2 kali ganda sibuk dari biase..
jadi sori yer kawan2 kalu aku x sempat nak lepak dgn korang ke..
tp aku buat banyak kawan baru kat sane termasuk dengan manager sekali aku tibai jadi kawan..
mcm Shakir, aku panggil dye ni K atau pon Kazami..aku paling ngam dgn dye ni sebab dye ni pon
minat kamen rider mcm aku..hahaha...
pastu Amran, aku suke dengan stail dye ni..smart tapi dlm pade mase yang same bergaye..dye ni banyak tolong aku sebab dye ni crew paling lame kat sini..dah 3 tahun dah kije..
pastu Faizal @ Peja..aku rase dye la crew lelakki paling matang aku tgok..dye berperanan sbgai abang kat situ..lepas dye nampak aku dengan adik aku hari tu...terus jadi 2 kali lebih baik dengan aku..hahhaa
citer pasal Noriah plak..aku anggap senior la walaupon same umur, dye ni agak nganyinng sikit..suke salah kan aku tp dalam niat nak berkawan dengan aku...aku suke la dgn care dye tu..agak same dgn aku walaupon sumer crew kat situ x tau lagi pasal perangai sebenar aku..hahhaa
ok la pasal Bie plak..budak 2 tahun muda dari aku, lepasan SPM..masuk kerje sama tarikh dgn aku..comel gak dye..tp aku ni x der can la nak ngorat die...
ermm..pasal Lisa plak..dye kawan baik kepade partner Blog aku ni Husna...dye ni agak kasar ni..sikit2 angkat tande 'Rock on'..haha...
Setakat ni ramai yang tak tahu perangai dan kebolehan sebenar aku lagi..aku masih lagi dalam Silent Form untuk menimba ilmu sambil berkerja dan pade mase yang same hormat pade senior2 aku tu..
![]() |
| Prosperity Burger..2 kali seminggu aku makan mende ni..makin nik la badan aku lepas ni.. |
Monday, December 20, 2010
Aku dan Setsuna F. Seiei (part.1)
![]() |
| Setsuna F. Seiei a.k.a. Debab |
kucing aku..haha..Kenapa mesti Setsuna F. Seiei dan kenapa tak bagi macam
Si Bulat ke John Trovolta ke hape? Alkisahnya bermula dengan Parker a.k.a. Mak kepade Setsuna
yang adik aku jumpa kat Paka. Lepas beberapa bulan, lahirlah Setsuna dan 3 lagi
adik-beradiknye yang bernama Si Comel, Mikey dan M. Name Setsuna diambil dalam citer
Gundam 00 dan waktu anak-anak Parker 'diturunkan' ke bumi (p/s: sebenarnye Parker
beranak kat bumbung) er..maksud aku diturunkan ke dalam rumah ni semase aku tengah layan
kartun Gundam ni..jadi aku putuskan nak bagi nama kucing aku sempena hero dalam kartun tu.
Lepas jer beberape bulan, adik aku panggil si Setsuna ni Debab sebab badan dia ni bulat dan tambah pulak
dengan ekor kontotnyer, lagi la nampak bulat. Jadi sejak adik aku panggil Debab ni aku putuskan nak guna
nama Debab sebagai nickname Setsuna. Masa umur Debab mencecah 2 bulan lebih (4 tahun kucing), aku
terlatih Debab. Bila aku petik jari jer, Debab mesti datang kat aku. Perghh... bangganya
aku mase tu..macam nak masukkan jer si Debab ni ke skuad K9 polis tu...hahaha
Lepas setahun, anak-anak Parker Januari intake version dah keluar seramai 4 ekor iaitu Exilia, Mikio
, Junior dan Mini M. Jadi total kucing kat rumah aku ni 9 ekor semuanya. Exilia tu adik Setsuna diambil
sempena nama Exia iatu Mobile Suit rasmi Setsuna dan ditambahkan 'LIA' kat belakang sebab Exilia ni girl, jadi
nama tu feminin la sikit kan? Mikio pulak pewaris Mikey, nama penuhnya Mikio Hikari tapi aku panggil Mek Kioh.
Junior pulok paling comel antara sumer adik-beradiknya termasuk jugak yang intake pertama tu sebab macam Parker
a.k.a. mak dia tapi yang bezanya Junior ni jantan jer. Mini M adalah adik M dan kucing yang paling penakut
berbeza dengan abangnya, M iaitu kucing paling jinak.
Pernah jugak la aku nak tukar name Debab ni kepade Tailless, Leo, Cannonball, Blob, Poo dan banyak lagi.
![]() |
| Setsuna (umur: beberapa hari) |
![]() | ||
| Setsuna (umur: 1 bulan) |
![]() |
| Setsuna (umur:2 bulan) |
![]() |
| dari kiri: Si Comel, Mikey, M dan Setsuna |
![]() |
| Setsuna tak sedar diri |
![]() |
| Setsuna dah besar |
| no komen |
Friday, December 17, 2010
Tutorial: cara-cara nak warna kartun guna photoshop
ok dah sebulan aku x update blog ni sebab kekeringan idea tp pikir punye pikir, aku rase kali aku nak berkongsi ilmu seni aku kepada pembace2 blog ni. Segmen ni bertajuk 'D.I.Y.' atau pon 'do it yourself' dan episod pertame ni aku nak ajar camner nak wrnakan watak kartun yang comel yang selalu aku lukis untuk aku dan kawan2 rapat aku.
Perkara yang anda perlukan adalah:
i ) PC @ Laptop
ii ) Software Adobe Photoshop
iii ) Lakaran Watak yang telah di 'touch-up' kan dengan G-pen dan Marker
iv ) Scanner
P/S: untuk lebih pandai, cuba faham fungsi setiap tool dan konsep layer
Perkara yang anda perlukan adalah:
i ) PC @ Laptop
ii ) Software Adobe Photoshop
iii ) Lakaran Watak yang telah di 'touch-up' kan dengan G-pen dan Marker
iv ) Scanner
![]() |
| Lukis watak anda dan scan ke dalam komputer |
![]() |
| Buke Adobo Photoshop dan open file lukisan yang telah discan tadi |
![]() |
| 1. Tekan 'image' 2. Pilih 'adjustment' 3. Pastu pilih efek 'threshold' |
![]() |
| Pastikan level efek 'threshold;' tu menepati citarase anda kenrane efek ni berubah mengikut kualiti gambar |
![]() |
| Pilih tool 'paint bucket'(bentuk baldi) dan pilih warna kulit untuk watak anda, dan tekan pada bahagian yang anda ingin warnakan |
![]() |
| Seperti anda lihat, ada bahagian halus dan susah untuk diwarnakan |
![]() |
| Pilih tool 'brush' dan tekan mode. Pilih mode 'darken' |
![]() |
| Sekarang anda boleh warna bahagian kecil tadi tanpa rasa bersalah pon. Warnakan bahagian lain seperti baju seluar dan kasut. |
![]() |
| Untuk mata, pilih tool brush dan pilih mode'normal' |
![]() |
| Pilih warna putih, dan lukis kan diantara garisan mata tu |
![]() |
| Kemudian isi warna putih dengan paint bucket tool |
![]() |
| Siap! tambahkan shading untuk menampakkan watak anda lebih 3D |
Subscribe to:
Posts (Atom)