Thursday, August 11, 2011

aktiviti aku bila takder keje

aduih,
semua kawan-kawan dah balik kampung.
termasuk la room mate aku Din.
dalam blok tu cume ade 2 orang jer.
iaitu aku dan Alif yang perangai agak samseng jadi
aku kurang rapat dengan dia.
jadi aku buat-buat tidur dalam bilik sepanjang hari.
as you know, (amboi, speakingnyer kiter)
aku ni spesis manusia yang tak tidur siang,
jadi aku pun malas la baring-baring tak
buat ape-ape sepanjang hari.


























melukis adalah salah satu benda yang aku akan buat bile
dah takder keje.
tapi kalau dah takder ape yang nak dilukis,
terpaksa la aku duduk baring tak buat ape-ape  T_T

Saturday, August 6, 2011

teman-teman seperjuangan

baru-baru ni aku ada la tengok koleksi gambar
kawan-kawan kat dalam laptop.
pastu terfikir nak buat poster, jadi aku kummpul
gamar-gambar cun dan jadikan sebagai sekeping poster
seperti ini:

dari kiri: Emi, Joe, Napi, Aku, Sapit dan Ayin

cun tak? ni la bestfriend aku.tak, sebenarnya banyak
lagi tapi xder gambar cun. sori banyak-banyak yer,
nanti kite buat photoshoot khas kat somewhere
only we know.

dari kiri adalah Zuhaimi @ Emi. Seorang yang pendiam
macam aku tapi lebih bijak dalam matematik itu jer
bezanya.heh.

kedua adalah Zulkifli @ Ju tapi aku lebih suka panggil
Joe sebab lebih maskulin. seorang ketua yang bagus
semasa form 5. banyak bagi contoh-contoh yang baik
kepada rakan sekelasnya.

ketiga adalah Hanafi @ Napi @ Jet. bestfriend paling
lama iaitu sejak form 2. perangai yang sama, minat
sama, taste yang sama dan mempunyai banyak connection
@ hubungan diplomatik antara kummpulan lain.

keempat adalah aku, tak perlu citer banyak nanti orang
sakit hati pulak. seorang yang pendiam tapi periang
kalau bersama orang yang rapat.ada bakat pelukis, pengarah,
editor dan strategi forecaster yang bagus.

kelima pula adalah Syafiq. seorang yang selalu happy dan
selalu membuat kiteorang happy. selalu menyembunyikan
kebijaksanaannya disebalik sifat bangangnya

keenam adalah Fadzrin @ Ayin. seorang yang penyabar sebab 
selalu jadi bahan lawak dalam kumpulan kami. selalu
menggunaka bahasa saintifik @ istilah untuk menghuraikan
sesuatu perkara

setakat tu jer lah. jadi kepada kawan-kawan yang lain seperti
Idham, Syed, Aliff, dan lain-lain harap jangan kecik hati.
nanti kite buat photoshoot sama-sama

Monday, August 1, 2011

cerita dari Singapura (part 2)

Kota Singapura, memang aku agak kagum dengan kamu,
pengalaman bekerja di Singapura sangat indah dan best.
Ramai kawan baru tak kira bangsa, umur, negara dan agama.
dan tak lupa juga banyak tempat-tempat menarik aku lawati.
Banyak tempat aku sudah pergi tapi yang menjadi kegemaran adalah
Bugis Junction

Aku paling suka adalah Malay Street, dikelilingi bangun melayu klasik, dipenuhi dengan
gerai-gerai kecil yng menjual pelbagai jenis cenderamata.
di tengah-tengah bandar Bugis

bazaar