Sunday, November 21, 2010

Errrr.....

nak tulis blog tp xder idea..hmmmm...
hmmm...
hm....
hmm...
ahhhh...lantak lah...bace ce nape yang ade tu...
malas aku nok pikir panjang2...

Sunday, November 14, 2010

Project Z

Project Z adalah projek komik terbaru oleh aku sendiri. Ini adalah komik berepisod berwarna pertama aku. Komik ini mengisahkan sekumpulan pelajar SMK Padang Midin yang berjuang daripada mayat hidup atau zombie selama beberapa hari di sekolah gara-gara makanan kantin yang terdedah dengan virus Z. Watak-watak dalam komik ni berdasarkan kawan-kawan aku iaitu aku sendiri, Muhamad Hanafi Mohd, Noor Nabihan Shahirah, Che Muhammad Hishamuddin, Zulkifle Yusoff, Siti Khatijah, Syed Saifullah, Muhammad Idham Jaafar, Muhammad Zuhaimi Kassim, Muhamad Fadzrin Abdullah, dan ramai lagi. Terdapat juga watak tambahan daripada Sekolah Menengah Agama Gurian Guling iaitu Ain Marjihah Hamzah. Komik ni juga mengadungi unsure-unsur humor, seram, aksi dan persahabatan.

Tuesday, November 2, 2010

aku dan musim hujan

Aku sebagai anak jati Terengganu ni memang dah biase dengan musim-musim kat Terengganu ni. Masuk jer Monsun of coz la Monsun Kap pon berlansung kat Pulau Duyung tp aku ade cara aku tersendiri untuk menikmati Monsun ni.

Pertama : Makan dan Tidur (hibernasi)
Memang perkare biase la kalu hujan mesti perut automatic rase macam lapar. Aku punyer kerje, mengakas dapur kat rumah cari megi ke biskut ke dan ape saje yang boleh dimakan secara segera  dan halal. Lepas tu bile terase sejuk, ape lagi? Tido lah!

Kedua: Melukis dan Menulis
Ape tugas orang seni? Berseni lah kan.. Aku biasenye abiskan hari hujan tanpa henti dengan berkarya dengan melukis. Kadang-kadang aku lukis komik, buat thumbnail, reka watak, dan lain-lain. Kalu aku ketandusan idea ke ape aku akan menulis blog pasal aku dan isu semasa.

Ketiga: Main hujan pada hari minggu
Ni paling best la. Aku biasenye keluar dengan kawan-kawan aku pada hari minggu tak kire hujan ke tak. Kire nak melepaskan tekanan lepas berada bawah tempurung selama beberapa hari. Biasenye aku naik motor keliling kampong redah hujan…kadang-kadang kalu ade rezeki tu napak awek-awek duk main hujan gak, hishhhh…rase macam nak join gak jer…hehe…




Ni la aktiviti aku selame beberape tahun ni..Aku namakan aktiviti ni ‘Flood Wash’ iaitu basuh motor dalam banjir(sebenarnye tak bersih pon). Tapi dah dua tahun berturut-turut aku dan kawan baikku, Syafiq dan Hanafi buat kerja yang separa tak berfaedah ni

Monday, November 1, 2010

aku, gundam dan kamen rider

Mungkin ramai yang dah tau yang aku ni terlalu obsess dengan siri kartun dari Jepun iaitu Mobile Suit Gundam dan siri hero bertopeng iaitu Kamen Rider @ Masked Rider. Pada mulanya aku minat biase-biase jer tapi selepas munculnya Mobile Suit Gundam Seed dan Kamen Rider Kabuto, hidup aku dah berubah, aku sekarang ni dah jadi seorang hard die fans bagi Gundam dan Kamen Rider. Bukan setakat anime jer aku download, sampai patung figura pon aku tibai. Sekarang ni aku memang pantang tengok model plastik Gundam dan patung PVC Kamen Rider, memang terase nk beli(kalu cun la)..