Saturday, February 19, 2011

bukan niat nak kutuk tapi...

mesti ade yang sesetengah daripada korang sumer ni perasan kenape la banyak sangat aku post
pasal mentaliti rakyat Terengganu bila kat atas jalan raya?
kenapa aku tulis macam tu?

kenapa ? why ?

sebab pertama sebilangan besar infrastruktur di Terengganu ni tidak menyediakan parking terutamanya
kat tengah-tengah bandar yang dikenali sebagai bandaraya warisan pesisir air konon.

sebab kedua adalah sikap pemandu sendiri yang pentingkan diri sendiri dan malas. malas punyer pasal
sampai berhenti kenderaan tepi garisan kuning pastu bila penguatkuasa datang baru pandai nak lari. mereka
tak sedar yang dah banyak kenderaan lain terpaksa elak sebab kenderaan beliau.

pastu banyak la sebab lain yang aku dah malas nak tulis. buat sakit mata jer kan? tapi aku ade la nak kongsi
sikit pengalaman mase balik kerja. mase tu pukul 10 malam aku lalu la depan stadium sebab ade perlawanan
bola sepak tapi yang mengejutkan aku adalah jalan tepi stadium yang 3 line jalan kat situ dah jadi 1 line sebab
orang berpakat parking samapai 3 lapis kereta.

tapi yang paling mengecewakan adalah, parking bertingkat yang rotary type yang baru seminggu dirasmikan
dan diheboh-hebohkan yang mengakatakan yang pertama kat Malaysia tu KOSONG! tak ader sejibik kenderaan pon yang parking kat sane. rakyat terengganu ni lebih raye mmemalukan negeri sendiri daripada
bayar RM2.70 untuk parking.

kalau pelancong luar negeri dan luar negara tengok mesti diorang akan kate "what the fuck?''
adusss...malu ke orang jer weihh...

Tuesday, February 15, 2011

LATIHAN INTENSIF

Hampir 2 bulan aku kerja di McDonalds Paya Bunga dan kali aku nak berkongsi
pengalaman aku melakukan latihan intensif aku untuk membuat dessert. Posisi
aku pada masa itu hanya di French Fries tapi aku telah diberikan ilmu sebagai
Runner atau dikenali sebagai orang kanan Order Taker. Latihan intensif aku ni
bermula hanya dengan Sundae Cone iaitu aiskrim yang paling mudah tapi kemahiran
untuk membuatnya adalah nadi kepada semua dessert.Kata-kata crew of the year iaitu
Kak Lina masih terngiang-ngiang dalam telingaku ini. Dia berkata "Kalau tak pandai
buat Sundae Cone,maka tak boleh buat la semua jenis aiskrim"

Aku diberikan sebuah baldi dan 1 kon untuk latihan intesif ini. Latihan aku adalah
untuk membuat Sundae Cone paling sempurna bak gambar dalam papan iklan sampai kon
itu lembik. Putar demi putar aku lakukan untuk pencarian Sundae Cone yang sempurna.
Aku juga mendapat tunjuk ajar daripada kru-kru lain dan juga manager juga tak lepaskan
peluang untuk mengajar aku. Ade Sundae Cone yang aku buat terlalu gemuk, kurus, putaran
tidak stabil, dan banyak lagi. Selepas sundae telah mencapai 1 baldi dan kon aku pun dah
lembik serta berlubang, aku hanya dapat buat 6 Sundae Cone yang sempurna, 8 memuaskan dan
yang lain x boleh diterima atas sebab bentuk fizikal dan teknik putaran.

Perasaan semasa draw aiskrim keatas kon tu memang mendebarkan tetapi bila aiskrim yang
dibuat tu mencapai tahap sempurna, perasaan tu memang susah nak digambarkan dengan 
kata-kata dan boleh dikatakan sama seperti selepas memasang model kit Gundam. 

Friday, February 11, 2011

Projek Watak Chibi(PWC)- Special Edition 003

ni antara artwork yang paling bagus sepanjang perlancaran PWC ni..
real pic
potrait form

complete form

walaupun muka agak berbeza tapi tuan punya gambar amat la berpuas hati dengan hasilnya.
sekarang ni aku kene lebihkan usaha untuk memantapkan lagi skill melukis.


Wednesday, February 9, 2011

PROJEK WATAK CHIBI

Salam, rasenye dah lame aku berseni atas sebab-sebab tertentu. Jadi kali ni aku sudah kembali dengan banyak projek, antaranya Projek Watak Chibi ataupun kiut. Projek ini dilakukan untuk menghargai sokongan dan dorongan kawan-kawanku terhadap perjuangan aku dalam bidang seni ini. Lakaran yang dilakukan berdasarkan gambar dan rekaan sendiri yang menepati piawaian bentuk muka kawan-kawanku. Lepas itu, salah seorang kawanku bercadang untuk aku mengembangkan bakat aku dengan lebih luas seperti membuat t-shirt dan slip-on shoe corak sendiri. Kini aku dah buat beberapa design t-shirt sambil mempromosikan
blog ini. Insyaallah, dalam beberapa bulan lagi baju itu akan diprintkan dan aku akan promotekan dalam blog ini. Sesiapa yang berminat boleh la hubungi aku. Kepada kawan-kawan yang telah menyokong selama ini walaupun dari belakang, terima kasih aku ucapkan.

Kepada yang berminat untuk memiliki gambar kartun sendiri seperti diatas, berkomunikasilah aku melalui FB, telefon dan lain-lain

Sunday, February 6, 2011

JATUH

Hari tu aku ingat akan berjaln dengan sempurna sebab aku mulakan hari aku dengan
pergi awal ke tempat kerja. Lebih awal daripada manger dan crew leader. Ditambah
pula dengan kelancaran aku membuat menu sarapan pagi. Tetapi apabila pertukaran
menu sarapan dengan menu sarapan pagi, semua jadi kelam kabut. Aku yang asalnya
berada di posisi Initiator pn boleh bertukar ke Bacth Frier, Bacth Griller, Assembler,
dan Chaser. Customer masuk tak henti-henti dari pukul 11 pagi hingga 3 petang tapi
aku ditemani Faizal, Ayie, Bi dan Yun. Pada pukul 3 lebih, aku ditugaskan untuk membuat
filtering minyak. Dalam pukul 4, aku habis filter bahagian french fries dan membuat
pertukaran peti penapisan atau lebih dikenali sebagai keranda minyak. Semasa pertukaran
itu berlaku aku terpaksa angkat keranda tu ke bahagian wet kicthen dan tiba aku terlanggar
Syakir yang baru masuk kerja dan terpijak tray bun yang licin apabila berada diatas lantai.
Kedua-dua impak maksima tersebut mengakibatkan aku hilang kestabilan diri lalu..

Kapoww!! Aku dah tergolek macam nangka yang segar dari ladang. Budak-budak ni pulak tolong
gelakkan aku dulu baru tolong angkat aku. Nasib baik tak ramai yang tengok. Siap jer filtering,
aku terus balik. Dengan letih dan sakit sikit-sikit aku terus tidur sebaik sahaja aku landing
atas katil