Thursday, March 31, 2011

I'm Domo Addict!

adoyai~
sekarang ni aku dah minat yang baru.
terima kasih pada kawan lama masa sekolah rendah dulu.
dulu aku yang hanya minat pada Kamen Rider dan Gundam.
kini aku dah minat giler pada Domo, raksaksa comel dari Jepun.
gaji dah masuk dan aku dah order t-shirt dan henfon pouch kat internet.
cume tunggu harga diskaun dari taukey jer.
sampai aku tak jadi nak angkat henpon Samsung Champ yang baru..
chomel nyer horrr~

Wednesday, March 23, 2011

blending blank

Pada satu hari yang agak mendung
aku pergi keje macam biase.
posisi aku ari tu adalah FF (french fries)
pastu tetibe aku terpakse jadi runner
aku buat keje macam biase.
















pastu Iwan suruh aku buat Oreo McFlurry.
Jadi aku buat la macam biase.














Mase tengah blend McFlurry tu,
tetibe jer kepala aku blank
aku khayal sekejap















Pastu aku dengar bunyi ''Krakk!!''
aku try intai,
rupenye cawan McFlurry dah pecah
sebab aku blend dalam sangat.
















Sumer kawan aku ketawa termasuk manager.
Aku pelik la kenape rancak sangat ketawa?
rupenye aku la pertama kali dalam sejarah McDonalds Paya Bunga
yang pecahkan cawan kat tengah biasanya kat tepi cawan

Tuesday, March 22, 2011

TERIMA KASIH GADIS DOMO!

Sejak dua menjak ni aku dah jarang berkarya sebab sibuk dengan tugas harian.
ramai la jugak yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya Syamil?
aku tak menghilang sebenarnye cume mendiamkan diri buat masa dan ketika ini.
time aku free hari tu ade la aku main facebook sikit-sikit.biasa jer.
notification tak la banyak mana. pastu aku tiba-tiba teringatkan kawan sekolah
rendah aku dulu. Aimi Shamili namanya. Aku pon dah takder kerja lalu postkan
gambar paper toy Domo-kun kat wall dia.Domo ni nama patung yang terkenal kat Jepun.
dia ni memang minat giler la kat Domo ni sama macam aku sebab aku suke tengok
kartun Domo mase kecik-kecik dulu. Jadi kiteorang berkongsi la minat sama kat
laman sesawang tu. malam tu aku kebosanan, blog pon lame tak publish post baru.
jadi gadis domo ni telah berikan aku inspirasi untuk artwork dan post yang baru sekali gus!
wahai gadis domo, terimalah lukisan ini,
sori yer, gmbar ni takder shading..haha

Saturday, March 12, 2011

Paranoia versus SiLENT

ops, dah lame aku tak publish komik hasil aku sendiri kat dalam blog ni.
mane tak nyer, asyik duk nulis pasal aktiviti lain jer..
kali ni aku publish komik dimana aku telah menggunakan skill meniru aku yang
digeruni semasa aku sekolah dulu.
Okey, tu jer..nikmatilah komik ni dan kepade Paranoia of Ayie (Mohd Zaimhairudin),
sori bebanyak sebab tiru stail lukisan kamoo..haha

TAS COMIC : Tiru (HD)

Monday, March 7, 2011

I'm lovin' my breakfast

bebaru ni aku dapat la kupon breakfast McD.
satu kupon breakfast family box yang aku dah tebus bersama family aku,
dan satu lagi 2 keping kupon big breakfast (kene belanja RM5 ke atas)
bigbreakfast tu ade 2ps english muffin yang berkaramel, 1ps sausage eastern style dan scrmble egg.
tapi yang best adalah Hot Cakes..
perghhh!!
bau yang memikat selera, kelembutan kek yang masih panas dengan sirap madu serta marjerin.
makan satu set mesti tak cukup punyer..























pergh...tengok saje on dah melilih air liur..haha
tapi kenikmatan lebih berganda bila dikongsi dengan bestfriend aku..
iaitu Napi dan Syafiq..
kiteorang makan macam kude tak makan seminggu..
habis bersepah meja macam kandang babi.haha


sekian~

Wednesday, March 2, 2011

McDonalds Event - Futsal



Tanggal 27 Februari 2011, McD telah mengadakan event futsal yang melibatkan semua krew.
4 kumpulan telah dibahagikan iaitu, Stronger, Faster, Harder dan Smarter.
aku berada didalam kumpulan Smarter yang disertai oleh Shahrul, Jimie, Zul, Zaid, Linda dan Aida.
Best jugak la walaupun aku tak sempat balik ke rumah untuk bersiap sebab balik kerja jer terus main.
Tapi yang tidak disangka kumpula aku telah memenangi tempat pertama dalam event ni disebabkan
perngorbanan Zul a.k.a. Goal Keeper Sedap telah menerima tembakan padu daripada Amran Saizo tepat
pada 'senjatanya'

aku dan kak Linda
team aku


jejaka smart dari team Smarter..

Selepas bermain kitaorang pergi picnic kat Waterfront Pulau Kambing. Ade la sesi makan-makan, ambik
gambar, bermain kat taman permainan dan pembahagian hadiah..


siap-siap

the power of 1 for number 1

       
mentekedarah time!
Tak lupa juga pada hari itu juga adalah birthday Aida dimana dia telah 'dimandi' teruk pada malam itu.
Ni memang tradisi turun temurun dimana insyaallah aku dan Iwan yang berkongsi birthday bakal
menerimanya juga.