Saturday, March 3, 2012

biskut

Dah lame aku tak pegi Singapura. macam mana la kawan-kawan aku kat situ.
dengar kata dah berpecah sambung study. baguslah. dalam hati.

Banyak benda aku rindu kat Singapura macam lepak kat Bugis, Vivo City, Plaza Singapura,
Sentosa Boardwalk, Clementi, Ngee Ann Poly, banyak ah! kalau restoran lak
aku rindukan Seoul Garden, Makan Place, Kuma Ramen, Kak Yah nasi padang,
Hameed restoran, Long John Silver, Blue Moon, Was Burger, dan Subway. cakap 
pasal Subway teringat pulak pade biskutnye yang sedap.


Pergh biskut yang sentiase panas, segar dari oven, bau pun dah buat kita lapar. setakat ni
aku makan 3 keping jer. mesti korang terpikir.

" Ah, 3 keping ke? duduk Singapura 2 bulan"

Yelah biskut tu sedap tapi harga pun sedap satu dolar singapura sekeping ( RM2.40 la kot)
dan sekali lagi korang terpikir.

" Biskut ape yang RM2.40 sekeping sedap sangat ke?"

Yelah $1 sekeping sebab biskut tu sedap dan saiz bia besar ni la Cik Jah oi.

amboi besar tu kalau buat biskut raya ni boleh tahan sampai raya kelapan ni. aku juga perasan yang
Subway kat Malaysia takder lagi biskut ni. Try la buat RM1 sekeping macam McD punyer sundae cone.



No comments:

Post a Comment