Sunday, October 31, 2010

aku dan kebenganganku



Ade la satu hari ni, aku pegi la bandar coz ade keje sikit. Waktu tu standard jer, x der pape nak diharu birukan. Time nak balik tu la aku rase level bengang aku dah sampai amaran jingga. Aku rase kalu orang lain dan mengamuk dah. Pertama, aku bengang sebab cuaca yang sangat panas, sepanas gurun sahara. Memang terase kat lengan aku ni bahang-bahang sinaran matahari. Kedua,biase la kat Terengganu ni mostly  orang parking ikut suke diorang jer( p/s aku tak macam tu), walaupon jalan tu sempit ke hape diorang ade kesah? Tu buat aku bengang makin naik jer bile terpakse elak kenderaan bodoh diorang tu. Rase macam nak terajang ade gak. Ketiga, time aku masuk rempit form mase tu, banyak la kenderaan-kenderaan bodoh belok sambil tak bagi lampu signal. Hampir semua la aku perasan tak bagi lampu signal mase nak membelok, ape diorang ingat ni Hari Tak Bagi Lampu Signal ke? Bangang.. Keempat, kejadian ni berlaku kat Chabang Tiga ala kat selekoh depan balai polis tuu.. Ade la keter Proton Wira kaler biru, pergghh, muke macam expert punye driver tapi bile nak masuk selekoh dah la tak bagi signal, nyaris-nyaris nak langgar aku plak tu.. Aku pon elak la keter tu dengaan segale kudrat dan skill rempit aku yang tak seberape tu. Bile jer Termometer Kebengangan aku dalam paras maksimum, aku bagi hon la dua-tige kali. Dia dengar jer pastu terus pecut, aku yang tak puas hati ni kejar keter tu dan hon sekali lagi. Pastu paling aku tak jangka adalah aku terus angkat tanda Fuck dan jerit “Woi!! Motherfucker! Dipshit! Ass Hole!” dan lain-lain maki hamun dan carutan yang tak pernah keluar dari mulut aku ni. Perassan aku ase tu ade lega, ade marah, geram dan ade gak takut sikit-sikt..

Saturday, October 16, 2010

aku dan Seni Arca



Aku adalah seorang yang berseni dan aku juga minat dengan arca. Setakat ni arca yang pernah aku lakukan adalah arca dawai biawak dan juga merupakan yang pertama dan yang terakhir.

Pada bulan Jun hingga Oktober 2010, Aku telah menjadi ‘tangan kiri” kepada besfrend aku iaitu Mohd Hanafi B Muhamad untuk membina sebuah arca gitar yang berasaskankan teknologi maklumat. Arca ini diperbuat daripada alat ganti motosikal terpakai, bahan logam dan lain-lain.




Monday, October 11, 2010

aku dan obsesi Gundam


Gundam merujuk kepada robot humanoid atau lebih dikenali sebagai mecha. Anime ni berjaya menambat hati ramai penonton tak mengira kanak-kanak riang, remaja, dewasa, warga emas mahupun golongan otaku atau hard die fans. Aku sebagai penggiat seni juga menggunakan Gundam sebagai sumber inspirasi aku. Aku mula tengok anime ni mase aku form 2, dan mase tu anime Mobile Suit Gundam Seed mula disiar kat TV2 pastu musim ke2 anima besambung pada form 3 mase aku tak layan mane sebab sibuk study untuk PMR. Lepas tu era Gundam fevered aku siar kat NTV7 iaitu Mobile Suit Gundam OO (double O). Karekter design memang cun apatah lagi design mecha-mecha dalam anime tu, sistem GN drive pun menarik perhatian aku. Lepas jer SPM, aku start beli benda alah ni dengan gaji aku kerja kat A&W.
GN-004 Gundam Nadleeh

Ni la model kit Gundam pertama aku iaitu GN-0004 Gundam Nadleeh, dipandu oleh Tierria Erde. Bentuk asal Gundam ni sebenarnya ‘gemuk’ dan akhirnya zirah-zirahnya pecah membentuk Gundam Nadleeh. Harganya RM60 dan level pemasangan model ni dikira senang.

GN-0001 Gundam Exia
Ni Gundam kedua aku iaitu GN-0001 Gundam Exia Trans-Am Mode, dipandu oleh hero citer ni iaitu Setsuna F. Seiei. Trans-am adalah sistem kecemasan dimana enjin GN Drive berfungsi berkali-kali ganda daripada biasa dan menyebabkan Gundam bergerak dengat sangat laju dan bertukar warna kemerah-merahan dan berkilat. Harga Gundam ni RM69.90 dan level pemasangan dikira medium.

GNZ-005 Garazzo


Ni mecha daripada anime Gundam OO musim kedua. Ni adalah GNZ-005 Garazzo, dipandu oleh Bring Stability iaitu seorang Innovator dari pasukan A Laws iaitu musuh dalam anime ni. Mode ni berharga RM70 tapi dikurangkan menjadi RM60 kerana menjadi pelanggan tetap. Tahap pemasangan boleh tahan susah especially kat bahagian bahu.

GN-0000+GNA-010 Trans-am Raiser


Ni adalah GN-0000 + GNA-010 TRANS-AM RAISER atau senang citer 00 Gundam yang bergabung dengan O Raiser iaitu jet pejuang yang direka khas untuk OO gundam nie. OO Gundam adalah gundam kedua Setsuna F. Seiei dan mempunyai 2 enjin GN Drive daripada Gundam Exia dan O Gundam. Model ni adalah yang paling susah kerana mempunyai senjata yang banyak dan struktur badan yang kukuh. Malah, jet O Raiser juga susah untuk dibina. Ni baru High Grade, kalau Real Grade macam mane aku nak pasang entah…

Sunday, October 3, 2010

aku dan obsesi Kamen Rider

 Kamen rider, satu nama yang tak cukup asing bagi golongan muda especially kanak2 riang… Aku sebagai artist komik sememangya menjadikan kamen rider sebagai idola aku. Siri hero dari Jepang ni dicipta oleh Osamu Tezuka, iaitu bapak segale Kamen Rider dan siri-siri lain macam Cyborg 009, Dr. Black Jack, Astoboy, dan lain-lain manga yang telah Berjaya menembusi pasaran antarabangsa…Setakat ni aku minat Kamen Rider Kabuto, Kamen Rider Faiz(555), Kamen Rider Den-0 dan Kamen Rider Double(W)..Yang lain tu ade gak design sut tak hebat, ade gak kuase mengarut..
 Ni la patung PVC Kamen Rider pertame aku iaitu Kamen Rider Ouja dari siri Kamen Rider Ryuki.. Patung ni mahal sikit dalam RM65(harga standard RM35) sebab warna purple metallic dengan senjata Snake Shaft Card Reader, juga disertakan dengan Advent Card yang boleh digunakan dengan DX Card Reader set..huhuhu…Tapi puas hati la sebab patung tu dibeli mase aku darjah 6 dan sekarang ni aku sembur patung tu dengan Pylon Spray untuk cotinng kaler purple metallic dan jadikan patung tu makin berkilat..



Ni patung Kamen Rider Kabuto..pergh..berkilat, bergaya,dan siri ni palng aku suka sebab design semua sut kamen rider dalam siri ni cun-cun belaka.. Aku beli patung ni mase aku abis SPM dengan gaji aku sendiri.. Harganya RM34.90 jer..hehe..Dalam citer ni, heronye nama Tendou Souji yang dilakonkan oleh Mizushima Hiro iaitu salah satu pelakon Jepang peveret aku..

Ni plak model yang paling mahal iaitu model S.I.C. (Super Imaginative Chokogin) ataupun senang citer model biasa Kamen Rider yang direka semula supaya Nampak lebih hebat! Aku dan abang aku beli Kamen Rider Faiz melalui order dengan kawan abang aku yang blajar kat Jepun. Hargenye lebih kurang 1000¥ (dalam RM35) tapi kalau beli kat Malaysia ni ade la dalam RM145 kot..memang cekik darah…