Sunday, October 3, 2010

aku dan obsesi Kamen Rider

 Kamen rider, satu nama yang tak cukup asing bagi golongan muda especially kanak2 riang… Aku sebagai artist komik sememangya menjadikan kamen rider sebagai idola aku. Siri hero dari Jepang ni dicipta oleh Osamu Tezuka, iaitu bapak segale Kamen Rider dan siri-siri lain macam Cyborg 009, Dr. Black Jack, Astoboy, dan lain-lain manga yang telah Berjaya menembusi pasaran antarabangsa…Setakat ni aku minat Kamen Rider Kabuto, Kamen Rider Faiz(555), Kamen Rider Den-0 dan Kamen Rider Double(W)..Yang lain tu ade gak design sut tak hebat, ade gak kuase mengarut..
 Ni la patung PVC Kamen Rider pertame aku iaitu Kamen Rider Ouja dari siri Kamen Rider Ryuki.. Patung ni mahal sikit dalam RM65(harga standard RM35) sebab warna purple metallic dengan senjata Snake Shaft Card Reader, juga disertakan dengan Advent Card yang boleh digunakan dengan DX Card Reader set..huhuhu…Tapi puas hati la sebab patung tu dibeli mase aku darjah 6 dan sekarang ni aku sembur patung tu dengan Pylon Spray untuk cotinng kaler purple metallic dan jadikan patung tu makin berkilat..



Ni patung Kamen Rider Kabuto..pergh..berkilat, bergaya,dan siri ni palng aku suka sebab design semua sut kamen rider dalam siri ni cun-cun belaka.. Aku beli patung ni mase aku abis SPM dengan gaji aku sendiri.. Harganya RM34.90 jer..hehe..Dalam citer ni, heronye nama Tendou Souji yang dilakonkan oleh Mizushima Hiro iaitu salah satu pelakon Jepang peveret aku..

Ni plak model yang paling mahal iaitu model S.I.C. (Super Imaginative Chokogin) ataupun senang citer model biasa Kamen Rider yang direka semula supaya Nampak lebih hebat! Aku dan abang aku beli Kamen Rider Faiz melalui order dengan kawan abang aku yang blajar kat Jepun. Hargenye lebih kurang 1000¥ (dalam RM35) tapi kalau beli kat Malaysia ni ade la dalam RM145 kot..memang cekik darah…



2 comments: