Monday, January 31, 2011

when bestfriend became a stranger

Aku mengenalinya pada Julai 2010 di laman sosial Facebook dan aku mula ber-sms
dengannya pada 17 Julai 2010. Hubungan kami agak akrab disebab perangai yang serupa.
Pada dia ni single dan tak mahu couple dengan sesaper jadi aku hormati keputusan dia
lalu aku jadikan dia sebagai kawan baik aku. Kami pernah berjumpa pada
Hari Raya Aidilfitri 2010, dia ni agak comel dan petah bercakap.

Akan tetapi, aku tidak menyangka sepanjang perhubungan kami selama ini telah
menimbulkan sesuatu yang tidak dijangka. Dia telah jatuh hati padaku. Aku yang tidak
menyedari hal itu terus menganggapnya sebagai kawan baik sahaja.

Hari demi hari dia menghantar sms untuk mengetahui perasaan aku padanya tetapi aku
banyak bergarau padanya kerana aku masih menganggapnya sebagai kawan baik sehingga suatu
masa dia berhenti menghantar mesej padaku selama 2 minggu. Aku ingatkan dia mahu tumpukan
perhatian pada peperiksaan tapi dia sudah berkapel dengan orang lain.

Selepas 3 minggu dia tidak menghantar mesej, aku mulai merasakan kehilangannya. Aku jadi
tidak menentu arah dan mendiamkan diri. Aku tidak buka akaun Facebook aku selama tempoh
tersebut. Kawan-kawan yang yang lain juga berasa pelik tentang kehilanganku dalam tempoh
yang agak lama itu.

Kini, kami sudah tidak menegur antara satu sama lain walaupun kami sama-sama on line.
Namun, aku selalu memantaunya dari jauh agar memastikan dia bahagia disamping insan
tersayang.
gambar ini hanyalah hiasan semata-mata

Kalaulah aku tahu perasaannya padaku. Kalaulah aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku
sanggup lakukan apa sahaja untuk berhubungan dengannya seperti dahulu. Aku sangat rindukan
mesej mengarut dia. Aku rindukan ucapan selamat pagi yang lewat itu. Aku mahu bergurau
dengannya seperti dulu.

Saturday, January 29, 2011

TRAJEDI 27 JANUARI

Kali ni aku dah bengang tahap bangang apabila memikirkan mentaliti orang
Terengganu di atas jalan raya. Bukan niat aku nak mengutuk orang Terengganu
sedangkan aku sendiri pun anak jati Terengganu tapi bila kat atas jalan raya jer
aku jadi malu nak mengaku yang aku ni rakyat Terengganu.

Trajedi ni bukan la pertama kali dalam jangka hayat aku tapi setakat ni yang 27 januari 2011
la paling aku bengang. Mase tu hujan bercampur angin yang agak kuat, aku pulak baru balik dari
kerja naik motor dengan agak laju sebab sakit perut jadi aku ingat nak berhenti kat stesen minyak
kat Kampung Wakaf Mempelam. Mase tu kenderaan lain banyak la jugak sebab waktu biase orang
balik kerja pastu ade la sorang pakcik naik van nak buat U-turn dengan selambe dan muke tak bersalah.
Kalau nak buat U-turn tu buat la tapi pakcik ni tak tengok keadaan sekeliling dan terus buat u-turn
pastu van tu tak lepas dan tiba-tiba berhenti kat tengah jalan. aku pon terkejut dan brek mengejut.
Nasib baik la aku tak langgar sesaper dan sesaper tak langgar aku disebabkan brek mengejut aku tadi.
Pakcik tu dengan selambenye undur sikit dan terus lari. Pastu ade sorang mamat bawak motor EX5 tengok
ke arah aku lalu senyum sinis. Aku tanpa berfikir panjang dan terus berkata kepada mamat tu
"Bodo la pokcik tu. Takkan tak nampak aku tengah laju, nak jugak dia buat u-turn!"
Aku pon terus balik dan aku dah takder selera nak melabur kat stesen minyak.

Cuba korang bayangkan la apabila korang bawak motor 60 km/sejam keaatas dalam keaadan hujan dan tiba-tiba
ada van yang tak lepas buat U-turn dan berhenti betul-betul depan korang pastu korang pun brek mengejut
dengan keaadan jalan yang basah.

Bukan niatku nak bagi ceramah ke hape tapi cubalah jadi insan yang boleh berfikir untuk orang lain dan
janganlah pentingkan diri sendiri. Ingatlah garisan kuning tepi jalan tu tandanye takleh berhenti apatah lagi
parking kat situ. Fikir la sikit dan jangan malukan orang Terengganu. Cuba jadi golongan yang boleh berfikir dengan professional. Don't drink and drive and beware of dogs.
.

Thursday, January 27, 2011

Akibat lame x update

perghh..lame betul aku x update blog busuk aku ni..
biasela orang mude kan, mesti sibuk dengan tugasan2 harian...
aku ni bukan la nak mintak simpati ke mende...tp tahun ni aku ade la buat
kira-kira dan aku dapati duit untuk aku bayar banyak mende ni x cukup dengan ape yang ape yang aku ade..
jadi aku buat penyelasaian untuk kerja kat Mc Donald Paya Bunga...
jadi sekarang ni aku dah 2 kali ganda sibuk dari biase..
jadi sori yer kawan2 kalu aku x sempat nak lepak dgn korang ke..
tp aku buat banyak kawan baru kat sane termasuk dengan manager sekali aku tibai jadi kawan..

mcm Shakir, aku panggil dye ni K atau pon Kazami..aku paling ngam dgn dye ni sebab dye ni pon
minat kamen rider mcm aku..hahaha...

pastu Amran, aku suke dengan stail dye ni..smart tapi dlm pade mase yang same bergaye..dye ni banyak tolong aku sebab dye ni crew paling lame kat sini..dah 3 tahun dah kije..

pastu Faizal @ Peja..aku rase dye la crew lelakki paling matang aku tgok..dye berperanan sbgai abang kat situ..lepas dye nampak aku dengan adik aku hari tu...terus jadi 2 kali lebih baik dengan aku..hahhaa

citer pasal Noriah plak..aku anggap senior la walaupon same umur, dye ni agak nganyinng sikit..suke salah kan aku tp dalam niat nak berkawan dengan aku...aku suke la dgn care dye tu..agak same dgn aku walaupon sumer crew kat situ x tau lagi pasal perangai sebenar aku..hahhaa

ok la pasal Bie plak..budak 2 tahun muda dari aku, lepasan SPM..masuk kerje sama tarikh dgn aku..comel gak dye..tp aku ni x der can la nak ngorat die...

ermm..pasal Lisa plak..dye kawan baik kepade partner Blog aku ni Husna...dye ni agak kasar ni..sikit2 angkat tande 'Rock on'..haha...

Setakat ni ramai yang tak tahu perangai dan kebolehan sebenar aku lagi..aku masih lagi dalam Silent Form untuk menimba ilmu sambil berkerja dan pade mase yang same hormat pade senior2 aku tu..
Prosperity Burger..2 kali seminggu aku makan mende ni..makin nik la badan aku lepas ni..