Monday, December 20, 2010

Aku dan Setsuna F. Seiei (part.1)

Setsuna F. Seiei a.k.a. Debab
Mesti korang tertanya-tanya saper tu Setsuna F. Seiei kan? Tu la name penuh
kucing aku..haha..Kenapa mesti Setsuna F. Seiei dan kenapa tak bagi macam
Si Bulat ke John Trovolta ke hape? Alkisahnya bermula dengan Parker a.k.a. Mak kepade Setsuna
yang adik aku jumpa kat Paka. Lepas beberapa bulan, lahirlah Setsuna dan 3 lagi
adik-beradiknye yang bernama Si Comel, Mikey dan M. Name Setsuna diambil dalam citer
Gundam 00 dan waktu anak-anak Parker 'diturunkan' ke bumi (p/s: sebenarnye Parker
beranak kat bumbung) er..maksud aku diturunkan ke dalam rumah ni semase aku tengah layan
kartun Gundam ni..jadi aku putuskan nak bagi nama kucing aku sempena hero dalam kartun tu.

Lepas jer beberape bulan, adik aku panggil si Setsuna ni Debab sebab badan dia ni bulat dan tambah pulak
dengan ekor kontotnyer, lagi la nampak bulat. Jadi sejak adik aku panggil Debab ni aku putuskan nak guna
nama Debab sebagai nickname Setsuna. Masa umur Debab mencecah 2 bulan lebih (4 tahun kucing), aku
terlatih Debab. Bila aku petik jari jer, Debab mesti datang kat aku. Perghh... bangganya
aku mase tu..macam nak masukkan jer si Debab ni ke skuad K9 polis tu...hahaha

Lepas setahun, anak-anak Parker Januari intake version dah keluar seramai 4 ekor iaitu Exilia, Mikio
, Junior dan Mini M. Jadi total kucing kat rumah aku ni 9 ekor semuanya. Exilia tu adik Setsuna diambil
sempena nama Exia iatu Mobile Suit rasmi Setsuna dan ditambahkan 'LIA' kat belakang sebab Exilia ni girl, jadi
nama tu feminin la sikit kan? Mikio pulak pewaris Mikey, nama penuhnya Mikio Hikari tapi aku panggil Mek Kioh.
Junior pulok paling comel antara sumer adik-beradiknya termasuk jugak yang intake pertama tu sebab macam Parker
a.k.a. mak dia tapi yang bezanya Junior ni jantan jer. Mini M adalah adik M dan kucing yang paling penakut
berbeza dengan abangnya, M iaitu kucing paling jinak.

Pernah jugak la aku nak tukar name Debab ni kepade Tailless, Leo, Cannonball, Blob, Poo dan banyak lagi.
Setsuna (umur: beberapa hari)

Setsuna (umur: 1 bulan)



Setsuna (umur:2 bulan)

dari kiri: Si Comel, Mikey, M dan Setsuna

Setsuna tak sedar diri

Setsuna dah besar

no komen

Friday, December 17, 2010

Tutorial: cara-cara nak warna kartun guna photoshop

ok dah sebulan aku x update blog ni sebab kekeringan idea tp pikir punye pikir, aku rase kali aku nak berkongsi ilmu seni aku kepada pembace2 blog ni. Segmen ni bertajuk 'D.I.Y.' atau pon 'do it yourself' dan episod pertame ni aku nak ajar camner nak wrnakan watak kartun yang comel yang selalu aku lukis untuk aku dan kawan2 rapat aku.

Perkara yang anda perlukan adalah:
i   ) PC @ Laptop
ii  ) Software Adobe Photoshop
iii ) Lakaran Watak yang telah di 'touch-up' kan dengan G-pen dan Marker
iv ) Scanner

Lukis watak anda dan scan ke dalam komputer

Buke Adobo Photoshop dan open file lukisan yang telah discan tadi

1. Tekan 'image'
2. Pilih 'adjustment'
3. Pastu pilih efek 'threshold'

Pastikan level efek 'threshold;' tu menepati citarase anda kenrane efek ni berubah mengikut kualiti gambar

Pilih tool 'paint bucket'(bentuk baldi) dan pilih warna kulit untuk watak anda, dan tekan pada bahagian yang anda ingin warnakan

Seperti anda lihat, ada bahagian halus dan susah untuk diwarnakan

Pilih tool 'brush' dan tekan mode.
Pilih mode 'darken'

Sekarang anda boleh warna bahagian kecil tadi tanpa rasa bersalah pon.
Warnakan bahagian lain seperti baju seluar dan kasut.

Untuk mata, pilih tool brush dan pilih mode'normal'

Pilih warna putih, dan lukis kan diantara garisan mata tu

Kemudian isi warna putih dengan paint bucket tool

Siap!
tambahkan shading untuk menampakkan watak anda lebih 3D
P/S: untuk lebih pandai, cuba faham fungsi setiap tool dan konsep layer