Monday, December 20, 2010

Aku dan Setsuna F. Seiei (part.1)

Setsuna F. Seiei a.k.a. Debab
Mesti korang tertanya-tanya saper tu Setsuna F. Seiei kan? Tu la name penuh
kucing aku..haha..Kenapa mesti Setsuna F. Seiei dan kenapa tak bagi macam
Si Bulat ke John Trovolta ke hape? Alkisahnya bermula dengan Parker a.k.a. Mak kepade Setsuna
yang adik aku jumpa kat Paka. Lepas beberapa bulan, lahirlah Setsuna dan 3 lagi
adik-beradiknye yang bernama Si Comel, Mikey dan M. Name Setsuna diambil dalam citer
Gundam 00 dan waktu anak-anak Parker 'diturunkan' ke bumi (p/s: sebenarnye Parker
beranak kat bumbung) er..maksud aku diturunkan ke dalam rumah ni semase aku tengah layan
kartun Gundam ni..jadi aku putuskan nak bagi nama kucing aku sempena hero dalam kartun tu.

Lepas jer beberape bulan, adik aku panggil si Setsuna ni Debab sebab badan dia ni bulat dan tambah pulak
dengan ekor kontotnyer, lagi la nampak bulat. Jadi sejak adik aku panggil Debab ni aku putuskan nak guna
nama Debab sebagai nickname Setsuna. Masa umur Debab mencecah 2 bulan lebih (4 tahun kucing), aku
terlatih Debab. Bila aku petik jari jer, Debab mesti datang kat aku. Perghh... bangganya
aku mase tu..macam nak masukkan jer si Debab ni ke skuad K9 polis tu...hahaha

Lepas setahun, anak-anak Parker Januari intake version dah keluar seramai 4 ekor iaitu Exilia, Mikio
, Junior dan Mini M. Jadi total kucing kat rumah aku ni 9 ekor semuanya. Exilia tu adik Setsuna diambil
sempena nama Exia iatu Mobile Suit rasmi Setsuna dan ditambahkan 'LIA' kat belakang sebab Exilia ni girl, jadi
nama tu feminin la sikit kan? Mikio pulak pewaris Mikey, nama penuhnya Mikio Hikari tapi aku panggil Mek Kioh.
Junior pulok paling comel antara sumer adik-beradiknya termasuk jugak yang intake pertama tu sebab macam Parker
a.k.a. mak dia tapi yang bezanya Junior ni jantan jer. Mini M adalah adik M dan kucing yang paling penakut
berbeza dengan abangnya, M iaitu kucing paling jinak.

Pernah jugak la aku nak tukar name Debab ni kepade Tailless, Leo, Cannonball, Blob, Poo dan banyak lagi.
Setsuna (umur: beberapa hari)

Setsuna (umur: 1 bulan)



Setsuna (umur:2 bulan)

dari kiri: Si Comel, Mikey, M dan Setsuna

Setsuna tak sedar diri

Setsuna dah besar

no komen

Friday, December 17, 2010

Tutorial: cara-cara nak warna kartun guna photoshop

ok dah sebulan aku x update blog ni sebab kekeringan idea tp pikir punye pikir, aku rase kali aku nak berkongsi ilmu seni aku kepada pembace2 blog ni. Segmen ni bertajuk 'D.I.Y.' atau pon 'do it yourself' dan episod pertame ni aku nak ajar camner nak wrnakan watak kartun yang comel yang selalu aku lukis untuk aku dan kawan2 rapat aku.

Perkara yang anda perlukan adalah:
i   ) PC @ Laptop
ii  ) Software Adobe Photoshop
iii ) Lakaran Watak yang telah di 'touch-up' kan dengan G-pen dan Marker
iv ) Scanner

Lukis watak anda dan scan ke dalam komputer

Buke Adobo Photoshop dan open file lukisan yang telah discan tadi

1. Tekan 'image'
2. Pilih 'adjustment'
3. Pastu pilih efek 'threshold'

Pastikan level efek 'threshold;' tu menepati citarase anda kenrane efek ni berubah mengikut kualiti gambar

Pilih tool 'paint bucket'(bentuk baldi) dan pilih warna kulit untuk watak anda, dan tekan pada bahagian yang anda ingin warnakan

Seperti anda lihat, ada bahagian halus dan susah untuk diwarnakan

Pilih tool 'brush' dan tekan mode.
Pilih mode 'darken'

Sekarang anda boleh warna bahagian kecil tadi tanpa rasa bersalah pon.
Warnakan bahagian lain seperti baju seluar dan kasut.

Untuk mata, pilih tool brush dan pilih mode'normal'

Pilih warna putih, dan lukis kan diantara garisan mata tu

Kemudian isi warna putih dengan paint bucket tool

Siap!
tambahkan shading untuk menampakkan watak anda lebih 3D
P/S: untuk lebih pandai, cuba faham fungsi setiap tool dan konsep layer

Sunday, November 21, 2010

Errrr.....

nak tulis blog tp xder idea..hmmmm...
hmmm...
hm....
hmm...
ahhhh...lantak lah...bace ce nape yang ade tu...
malas aku nok pikir panjang2...

Sunday, November 14, 2010

Project Z

Project Z adalah projek komik terbaru oleh aku sendiri. Ini adalah komik berepisod berwarna pertama aku. Komik ini mengisahkan sekumpulan pelajar SMK Padang Midin yang berjuang daripada mayat hidup atau zombie selama beberapa hari di sekolah gara-gara makanan kantin yang terdedah dengan virus Z. Watak-watak dalam komik ni berdasarkan kawan-kawan aku iaitu aku sendiri, Muhamad Hanafi Mohd, Noor Nabihan Shahirah, Che Muhammad Hishamuddin, Zulkifle Yusoff, Siti Khatijah, Syed Saifullah, Muhammad Idham Jaafar, Muhammad Zuhaimi Kassim, Muhamad Fadzrin Abdullah, dan ramai lagi. Terdapat juga watak tambahan daripada Sekolah Menengah Agama Gurian Guling iaitu Ain Marjihah Hamzah. Komik ni juga mengadungi unsure-unsur humor, seram, aksi dan persahabatan.

Tuesday, November 2, 2010

aku dan musim hujan

Aku sebagai anak jati Terengganu ni memang dah biase dengan musim-musim kat Terengganu ni. Masuk jer Monsun of coz la Monsun Kap pon berlansung kat Pulau Duyung tp aku ade cara aku tersendiri untuk menikmati Monsun ni.

Pertama : Makan dan Tidur (hibernasi)
Memang perkare biase la kalu hujan mesti perut automatic rase macam lapar. Aku punyer kerje, mengakas dapur kat rumah cari megi ke biskut ke dan ape saje yang boleh dimakan secara segera  dan halal. Lepas tu bile terase sejuk, ape lagi? Tido lah!

Kedua: Melukis dan Menulis
Ape tugas orang seni? Berseni lah kan.. Aku biasenye abiskan hari hujan tanpa henti dengan berkarya dengan melukis. Kadang-kadang aku lukis komik, buat thumbnail, reka watak, dan lain-lain. Kalu aku ketandusan idea ke ape aku akan menulis blog pasal aku dan isu semasa.

Ketiga: Main hujan pada hari minggu
Ni paling best la. Aku biasenye keluar dengan kawan-kawan aku pada hari minggu tak kire hujan ke tak. Kire nak melepaskan tekanan lepas berada bawah tempurung selama beberapa hari. Biasenye aku naik motor keliling kampong redah hujan…kadang-kadang kalu ade rezeki tu napak awek-awek duk main hujan gak, hishhhh…rase macam nak join gak jer…hehe…




Ni la aktiviti aku selame beberape tahun ni..Aku namakan aktiviti ni ‘Flood Wash’ iaitu basuh motor dalam banjir(sebenarnye tak bersih pon). Tapi dah dua tahun berturut-turut aku dan kawan baikku, Syafiq dan Hanafi buat kerja yang separa tak berfaedah ni

Monday, November 1, 2010

aku, gundam dan kamen rider

Mungkin ramai yang dah tau yang aku ni terlalu obsess dengan siri kartun dari Jepun iaitu Mobile Suit Gundam dan siri hero bertopeng iaitu Kamen Rider @ Masked Rider. Pada mulanya aku minat biase-biase jer tapi selepas munculnya Mobile Suit Gundam Seed dan Kamen Rider Kabuto, hidup aku dah berubah, aku sekarang ni dah jadi seorang hard die fans bagi Gundam dan Kamen Rider. Bukan setakat anime jer aku download, sampai patung figura pon aku tibai. Sekarang ni aku memang pantang tengok model plastik Gundam dan patung PVC Kamen Rider, memang terase nk beli(kalu cun la)..

Sunday, October 31, 2010

aku dan kebenganganku



Ade la satu hari ni, aku pegi la bandar coz ade keje sikit. Waktu tu standard jer, x der pape nak diharu birukan. Time nak balik tu la aku rase level bengang aku dah sampai amaran jingga. Aku rase kalu orang lain dan mengamuk dah. Pertama, aku bengang sebab cuaca yang sangat panas, sepanas gurun sahara. Memang terase kat lengan aku ni bahang-bahang sinaran matahari. Kedua,biase la kat Terengganu ni mostly  orang parking ikut suke diorang jer( p/s aku tak macam tu), walaupon jalan tu sempit ke hape diorang ade kesah? Tu buat aku bengang makin naik jer bile terpakse elak kenderaan bodoh diorang tu. Rase macam nak terajang ade gak. Ketiga, time aku masuk rempit form mase tu, banyak la kenderaan-kenderaan bodoh belok sambil tak bagi lampu signal. Hampir semua la aku perasan tak bagi lampu signal mase nak membelok, ape diorang ingat ni Hari Tak Bagi Lampu Signal ke? Bangang.. Keempat, kejadian ni berlaku kat Chabang Tiga ala kat selekoh depan balai polis tuu.. Ade la keter Proton Wira kaler biru, pergghh, muke macam expert punye driver tapi bile nak masuk selekoh dah la tak bagi signal, nyaris-nyaris nak langgar aku plak tu.. Aku pon elak la keter tu dengaan segale kudrat dan skill rempit aku yang tak seberape tu. Bile jer Termometer Kebengangan aku dalam paras maksimum, aku bagi hon la dua-tige kali. Dia dengar jer pastu terus pecut, aku yang tak puas hati ni kejar keter tu dan hon sekali lagi. Pastu paling aku tak jangka adalah aku terus angkat tanda Fuck dan jerit “Woi!! Motherfucker! Dipshit! Ass Hole!” dan lain-lain maki hamun dan carutan yang tak pernah keluar dari mulut aku ni. Perassan aku ase tu ade lega, ade marah, geram dan ade gak takut sikit-sikt..

Saturday, October 16, 2010

aku dan Seni Arca



Aku adalah seorang yang berseni dan aku juga minat dengan arca. Setakat ni arca yang pernah aku lakukan adalah arca dawai biawak dan juga merupakan yang pertama dan yang terakhir.

Pada bulan Jun hingga Oktober 2010, Aku telah menjadi ‘tangan kiri” kepada besfrend aku iaitu Mohd Hanafi B Muhamad untuk membina sebuah arca gitar yang berasaskankan teknologi maklumat. Arca ini diperbuat daripada alat ganti motosikal terpakai, bahan logam dan lain-lain.




Monday, October 11, 2010

aku dan obsesi Gundam


Gundam merujuk kepada robot humanoid atau lebih dikenali sebagai mecha. Anime ni berjaya menambat hati ramai penonton tak mengira kanak-kanak riang, remaja, dewasa, warga emas mahupun golongan otaku atau hard die fans. Aku sebagai penggiat seni juga menggunakan Gundam sebagai sumber inspirasi aku. Aku mula tengok anime ni mase aku form 2, dan mase tu anime Mobile Suit Gundam Seed mula disiar kat TV2 pastu musim ke2 anima besambung pada form 3 mase aku tak layan mane sebab sibuk study untuk PMR. Lepas tu era Gundam fevered aku siar kat NTV7 iaitu Mobile Suit Gundam OO (double O). Karekter design memang cun apatah lagi design mecha-mecha dalam anime tu, sistem GN drive pun menarik perhatian aku. Lepas jer SPM, aku start beli benda alah ni dengan gaji aku kerja kat A&W.
GN-004 Gundam Nadleeh

Ni la model kit Gundam pertama aku iaitu GN-0004 Gundam Nadleeh, dipandu oleh Tierria Erde. Bentuk asal Gundam ni sebenarnya ‘gemuk’ dan akhirnya zirah-zirahnya pecah membentuk Gundam Nadleeh. Harganya RM60 dan level pemasangan model ni dikira senang.

GN-0001 Gundam Exia
Ni Gundam kedua aku iaitu GN-0001 Gundam Exia Trans-Am Mode, dipandu oleh hero citer ni iaitu Setsuna F. Seiei. Trans-am adalah sistem kecemasan dimana enjin GN Drive berfungsi berkali-kali ganda daripada biasa dan menyebabkan Gundam bergerak dengat sangat laju dan bertukar warna kemerah-merahan dan berkilat. Harga Gundam ni RM69.90 dan level pemasangan dikira medium.

GNZ-005 Garazzo


Ni mecha daripada anime Gundam OO musim kedua. Ni adalah GNZ-005 Garazzo, dipandu oleh Bring Stability iaitu seorang Innovator dari pasukan A Laws iaitu musuh dalam anime ni. Mode ni berharga RM70 tapi dikurangkan menjadi RM60 kerana menjadi pelanggan tetap. Tahap pemasangan boleh tahan susah especially kat bahagian bahu.

GN-0000+GNA-010 Trans-am Raiser


Ni adalah GN-0000 + GNA-010 TRANS-AM RAISER atau senang citer 00 Gundam yang bergabung dengan O Raiser iaitu jet pejuang yang direka khas untuk OO gundam nie. OO Gundam adalah gundam kedua Setsuna F. Seiei dan mempunyai 2 enjin GN Drive daripada Gundam Exia dan O Gundam. Model ni adalah yang paling susah kerana mempunyai senjata yang banyak dan struktur badan yang kukuh. Malah, jet O Raiser juga susah untuk dibina. Ni baru High Grade, kalau Real Grade macam mane aku nak pasang entah…

Sunday, October 3, 2010

aku dan obsesi Kamen Rider

 Kamen rider, satu nama yang tak cukup asing bagi golongan muda especially kanak2 riang… Aku sebagai artist komik sememangya menjadikan kamen rider sebagai idola aku. Siri hero dari Jepang ni dicipta oleh Osamu Tezuka, iaitu bapak segale Kamen Rider dan siri-siri lain macam Cyborg 009, Dr. Black Jack, Astoboy, dan lain-lain manga yang telah Berjaya menembusi pasaran antarabangsa…Setakat ni aku minat Kamen Rider Kabuto, Kamen Rider Faiz(555), Kamen Rider Den-0 dan Kamen Rider Double(W)..Yang lain tu ade gak design sut tak hebat, ade gak kuase mengarut..
 Ni la patung PVC Kamen Rider pertame aku iaitu Kamen Rider Ouja dari siri Kamen Rider Ryuki.. Patung ni mahal sikit dalam RM65(harga standard RM35) sebab warna purple metallic dengan senjata Snake Shaft Card Reader, juga disertakan dengan Advent Card yang boleh digunakan dengan DX Card Reader set..huhuhu…Tapi puas hati la sebab patung tu dibeli mase aku darjah 6 dan sekarang ni aku sembur patung tu dengan Pylon Spray untuk cotinng kaler purple metallic dan jadikan patung tu makin berkilat..



Ni patung Kamen Rider Kabuto..pergh..berkilat, bergaya,dan siri ni palng aku suka sebab design semua sut kamen rider dalam siri ni cun-cun belaka.. Aku beli patung ni mase aku abis SPM dengan gaji aku sendiri.. Harganya RM34.90 jer..hehe..Dalam citer ni, heronye nama Tendou Souji yang dilakonkan oleh Mizushima Hiro iaitu salah satu pelakon Jepang peveret aku..

Ni plak model yang paling mahal iaitu model S.I.C. (Super Imaginative Chokogin) ataupun senang citer model biasa Kamen Rider yang direka semula supaya Nampak lebih hebat! Aku dan abang aku beli Kamen Rider Faiz melalui order dengan kawan abang aku yang blajar kat Jepun. Hargenye lebih kurang 1000¥ (dalam RM35) tapi kalau beli kat Malaysia ni ade la dalam RM145 kot..memang cekik darah…



Friday, September 24, 2010

Good Luck to All My Friends!!

Walaupon sikit kawan-kawan aku yang masuk form 6 main blog tp selagi ade peluang, selagi tu aku nok ucapkan Good Luck kepapa kawan-kawan aku yang bakal menempuh STPM.. Macam mane agaknya kalu aku x blah dari form 6...mesti x der mase nok main-main blog ni...


era komik strip bermula

Time aku form 4 dulu aku duk lukis muke kawan-kawan aku, lepas tu aku baru rase busan… Jadi aku try la mende baru. Aku terpengaruh dengan komik strip dalam majalah Gempak karya oleh Keith a.k.a. Choh Keng Hua. Jadi aku start la lukis komik strip aku sendiri. Alhamdulillah, banyak gak sambutan positif sampai kat kelas-kelas sebelah suke dengan komik aku. Banyak gak ar komik strip yang aku buat sampai aku sumbat dalam portfolio takut kotor atau berlipat pulak nanti. Perjuangan komik strip aku teruskan sampai form 5..Mase tu portfolio aku dah sampai 3 bijik. Ade gak dalam 100 keping lebih komik strip tu, 1 keping ade 3 cerite jadi lebih 300 cerite gak ar..perghh… Last-last aku binding komik aku tu jadi seketul komik yang tebal pastu aku letak kat sudut bacaan kat belakang kelas. Banyak gak yang bac siap ade yang tempah nak bace dulu tapi yang paling aku gembira sekali adelah bile tengok gadis idaman aku bace komik tu dan dia suka denga lawak aku tu…ahhh…tu la bayaran paling mahal yang pernah aku terima iatu melihat orang yang aku suka tengah gembira bila bace komik aku..ohhh…orang tu bername…Teeettt!!!...x boleh sebutt…sebab ramai gak kawan aku yang main blog ni..nanti diorang tau mampus aku…hahaha


Tuesday, September 21, 2010

permulaan sebuah komik

Disebabkan aku ni gila sangat dengan komik jadi aku start lukis komik pade umur 9 tahun. Komik aku mase tu biase jer plot citer lebih kurang dragon ball jer. Kenape taknyer katun dragon ball tengah jad fenomena mase tu sampai aku tergile-gile kat katun tu. Lepas tu komik ke 2 aku mase darjah 5 iatu 11 tahun. Mase tu geng-geng aku yan suruh aku lukiis komik, aku pon lukis la komik superhero ala-ala superman. Ade gak dalam 100 lebih helai komik aku tu..Sumer watak-watak geng aku masuk dalam komik tu…Masuk jer darjah 6, aku start bace Gempak. Komik tu ok gak ar sebab ade banyak kartunis yang hebat-hebat macam Apoh, Puyuh, C2V, Ben, Keith, Kaoru, dll. Tp dalam banyak-banyak tu sorang jer menabat hati aku iaitu Kutu a.k.a. Tan Eng Huat..Perghhh..Komik dia cam Tommy Lee, Tom McFlarren, dll..Dah la sketch pon hebat. Dia la kartns Malaysia pertame yan boleh bekerja dibawah naungan DC Comics, iaitu syarikat yang melahirkan hero-hero yang feymes macam superman, batman, wonder woman, the flash, dll..Lebih kurang macam Marvel gak ar… Mase aku masuk form 3, anime Naruto baru siar kat TV3…Ramai budak gile dengan citer tu sampai pakse aku lukis komik ala-ala ninja.. Boleh tahan gak ar komik ni sebab banyak sokongan, idea walaupon banyak tiru dari anime Naruto..hahaha..tp ni la komik panjang pertame aku, yelah sampai 12 ‘jilid’..haha


Saturday, September 18, 2010

aku dan photografi

aku ni mmg suke photografi walaupon aku ni jenis bukan yg fotogedik..hehe fotogenik arr...aku pon malas gak nak citer pasal photography ni...jadi aku sediakan sample kat bawah ni..sesaper nak gune perkhidmatan photography aku ni, jgn malu-malu dan miskol jer aku dan insya'allah aku x layan kalu antar mesej 50% jer aku akan layan...sebaik-baiknye call ar kott...