Tuesday, November 2, 2010

aku dan musim hujan

Aku sebagai anak jati Terengganu ni memang dah biase dengan musim-musim kat Terengganu ni. Masuk jer Monsun of coz la Monsun Kap pon berlansung kat Pulau Duyung tp aku ade cara aku tersendiri untuk menikmati Monsun ni.

Pertama : Makan dan Tidur (hibernasi)
Memang perkare biase la kalu hujan mesti perut automatic rase macam lapar. Aku punyer kerje, mengakas dapur kat rumah cari megi ke biskut ke dan ape saje yang boleh dimakan secara segera  dan halal. Lepas tu bile terase sejuk, ape lagi? Tido lah!

Kedua: Melukis dan Menulis
Ape tugas orang seni? Berseni lah kan.. Aku biasenye abiskan hari hujan tanpa henti dengan berkarya dengan melukis. Kadang-kadang aku lukis komik, buat thumbnail, reka watak, dan lain-lain. Kalu aku ketandusan idea ke ape aku akan menulis blog pasal aku dan isu semasa.

Ketiga: Main hujan pada hari minggu
Ni paling best la. Aku biasenye keluar dengan kawan-kawan aku pada hari minggu tak kire hujan ke tak. Kire nak melepaskan tekanan lepas berada bawah tempurung selama beberapa hari. Biasenye aku naik motor keliling kampong redah hujan…kadang-kadang kalu ade rezeki tu napak awek-awek duk main hujan gak, hishhhh…rase macam nak join gak jer…hehe…




Ni la aktiviti aku selame beberape tahun ni..Aku namakan aktiviti ni ‘Flood Wash’ iaitu basuh motor dalam banjir(sebenarnye tak bersih pon). Tapi dah dua tahun berturut-turut aku dan kawan baikku, Syafiq dan Hanafi buat kerja yang separa tak berfaedah ni

1 comment:

  1. syafiq dan hanafi je lah kawan baik mu...

    ReplyDelete