Monday, January 31, 2011

when bestfriend became a stranger

Aku mengenalinya pada Julai 2010 di laman sosial Facebook dan aku mula ber-sms
dengannya pada 17 Julai 2010. Hubungan kami agak akrab disebab perangai yang serupa.
Pada dia ni single dan tak mahu couple dengan sesaper jadi aku hormati keputusan dia
lalu aku jadikan dia sebagai kawan baik aku. Kami pernah berjumpa pada
Hari Raya Aidilfitri 2010, dia ni agak comel dan petah bercakap.

Akan tetapi, aku tidak menyangka sepanjang perhubungan kami selama ini telah
menimbulkan sesuatu yang tidak dijangka. Dia telah jatuh hati padaku. Aku yang tidak
menyedari hal itu terus menganggapnya sebagai kawan baik sahaja.

Hari demi hari dia menghantar sms untuk mengetahui perasaan aku padanya tetapi aku
banyak bergarau padanya kerana aku masih menganggapnya sebagai kawan baik sehingga suatu
masa dia berhenti menghantar mesej padaku selama 2 minggu. Aku ingatkan dia mahu tumpukan
perhatian pada peperiksaan tapi dia sudah berkapel dengan orang lain.

Selepas 3 minggu dia tidak menghantar mesej, aku mulai merasakan kehilangannya. Aku jadi
tidak menentu arah dan mendiamkan diri. Aku tidak buka akaun Facebook aku selama tempoh
tersebut. Kawan-kawan yang yang lain juga berasa pelik tentang kehilanganku dalam tempoh
yang agak lama itu.

Kini, kami sudah tidak menegur antara satu sama lain walaupun kami sama-sama on line.
Namun, aku selalu memantaunya dari jauh agar memastikan dia bahagia disamping insan
tersayang.
gambar ini hanyalah hiasan semata-mata

Kalaulah aku tahu perasaannya padaku. Kalaulah aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku
sanggup lakukan apa sahaja untuk berhubungan dengannya seperti dahulu. Aku sangat rindukan
mesej mengarut dia. Aku rindukan ucapan selamat pagi yang lewat itu. Aku mahu bergurau
dengannya seperti dulu.

4 comments: