Sunday, February 6, 2011

JATUH

Hari tu aku ingat akan berjaln dengan sempurna sebab aku mulakan hari aku dengan
pergi awal ke tempat kerja. Lebih awal daripada manger dan crew leader. Ditambah
pula dengan kelancaran aku membuat menu sarapan pagi. Tetapi apabila pertukaran
menu sarapan dengan menu sarapan pagi, semua jadi kelam kabut. Aku yang asalnya
berada di posisi Initiator pn boleh bertukar ke Bacth Frier, Bacth Griller, Assembler,
dan Chaser. Customer masuk tak henti-henti dari pukul 11 pagi hingga 3 petang tapi
aku ditemani Faizal, Ayie, Bi dan Yun. Pada pukul 3 lebih, aku ditugaskan untuk membuat
filtering minyak. Dalam pukul 4, aku habis filter bahagian french fries dan membuat
pertukaran peti penapisan atau lebih dikenali sebagai keranda minyak. Semasa pertukaran
itu berlaku aku terpaksa angkat keranda tu ke bahagian wet kicthen dan tiba aku terlanggar
Syakir yang baru masuk kerja dan terpijak tray bun yang licin apabila berada diatas lantai.
Kedua-dua impak maksima tersebut mengakibatkan aku hilang kestabilan diri lalu..

Kapoww!! Aku dah tergolek macam nangka yang segar dari ladang. Budak-budak ni pulak tolong
gelakkan aku dulu baru tolong angkat aku. Nasib baik tak ramai yang tengok. Siap jer filtering,
aku terus balik. Dengan letih dan sakit sikit-sikit aku terus tidur sebaik sahaja aku landing
atas katil

No comments:

Post a Comment