Tuesday, February 15, 2011

LATIHAN INTENSIF

Hampir 2 bulan aku kerja di McDonalds Paya Bunga dan kali aku nak berkongsi
pengalaman aku melakukan latihan intensif aku untuk membuat dessert. Posisi
aku pada masa itu hanya di French Fries tapi aku telah diberikan ilmu sebagai
Runner atau dikenali sebagai orang kanan Order Taker. Latihan intensif aku ni
bermula hanya dengan Sundae Cone iaitu aiskrim yang paling mudah tapi kemahiran
untuk membuatnya adalah nadi kepada semua dessert.Kata-kata crew of the year iaitu
Kak Lina masih terngiang-ngiang dalam telingaku ini. Dia berkata "Kalau tak pandai
buat Sundae Cone,maka tak boleh buat la semua jenis aiskrim"

Aku diberikan sebuah baldi dan 1 kon untuk latihan intesif ini. Latihan aku adalah
untuk membuat Sundae Cone paling sempurna bak gambar dalam papan iklan sampai kon
itu lembik. Putar demi putar aku lakukan untuk pencarian Sundae Cone yang sempurna.
Aku juga mendapat tunjuk ajar daripada kru-kru lain dan juga manager juga tak lepaskan
peluang untuk mengajar aku. Ade Sundae Cone yang aku buat terlalu gemuk, kurus, putaran
tidak stabil, dan banyak lagi. Selepas sundae telah mencapai 1 baldi dan kon aku pun dah
lembik serta berlubang, aku hanya dapat buat 6 Sundae Cone yang sempurna, 8 memuaskan dan
yang lain x boleh diterima atas sebab bentuk fizikal dan teknik putaran.

Perasaan semasa draw aiskrim keatas kon tu memang mendebarkan tetapi bila aiskrim yang
dibuat tu mencapai tahap sempurna, perasaan tu memang susah nak digambarkan dengan 
kata-kata dan boleh dikatakan sama seperti selepas memasang model kit Gundam. 

No comments:

Post a Comment