Saturday, January 29, 2011

TRAJEDI 27 JANUARI

Kali ni aku dah bengang tahap bangang apabila memikirkan mentaliti orang
Terengganu di atas jalan raya. Bukan niat aku nak mengutuk orang Terengganu
sedangkan aku sendiri pun anak jati Terengganu tapi bila kat atas jalan raya jer
aku jadi malu nak mengaku yang aku ni rakyat Terengganu.

Trajedi ni bukan la pertama kali dalam jangka hayat aku tapi setakat ni yang 27 januari 2011
la paling aku bengang. Mase tu hujan bercampur angin yang agak kuat, aku pulak baru balik dari
kerja naik motor dengan agak laju sebab sakit perut jadi aku ingat nak berhenti kat stesen minyak
kat Kampung Wakaf Mempelam. Mase tu kenderaan lain banyak la jugak sebab waktu biase orang
balik kerja pastu ade la sorang pakcik naik van nak buat U-turn dengan selambe dan muke tak bersalah.
Kalau nak buat U-turn tu buat la tapi pakcik ni tak tengok keadaan sekeliling dan terus buat u-turn
pastu van tu tak lepas dan tiba-tiba berhenti kat tengah jalan. aku pon terkejut dan brek mengejut.
Nasib baik la aku tak langgar sesaper dan sesaper tak langgar aku disebabkan brek mengejut aku tadi.
Pakcik tu dengan selambenye undur sikit dan terus lari. Pastu ade sorang mamat bawak motor EX5 tengok
ke arah aku lalu senyum sinis. Aku tanpa berfikir panjang dan terus berkata kepada mamat tu
"Bodo la pokcik tu. Takkan tak nampak aku tengah laju, nak jugak dia buat u-turn!"
Aku pon terus balik dan aku dah takder selera nak melabur kat stesen minyak.

Cuba korang bayangkan la apabila korang bawak motor 60 km/sejam keaatas dalam keaadan hujan dan tiba-tiba
ada van yang tak lepas buat U-turn dan berhenti betul-betul depan korang pastu korang pun brek mengejut
dengan keaadan jalan yang basah.

Bukan niatku nak bagi ceramah ke hape tapi cubalah jadi insan yang boleh berfikir untuk orang lain dan
janganlah pentingkan diri sendiri. Ingatlah garisan kuning tepi jalan tu tandanye takleh berhenti apatah lagi
parking kat situ. Fikir la sikit dan jangan malukan orang Terengganu. Cuba jadi golongan yang boleh berfikir dengan professional. Don't drink and drive and beware of dogs.
.

No comments:

Post a Comment