Tuesday, May 3, 2011

aku berhenti

Hello bulan Mei (sambil tiup habuk kat blog ni)
selama 4 bulan aku kerja kat McDonal's, banyak memori-memori indah yang aku dapat


Ada waktu itu aku terbuang makanan orang
sebab terlalu asyik tengok awek cun dengan Syakir.
Abis la, memang gelabah gile mase tuh.
Last-last sekali, Fik pounch yang baru untuk awek tu.
Aku pun tak kene maras.

TQ Fik!!






Ada jugak waktu mengutuk custemer depan
kaunter dengan Helmi

Dipaksa pakai telinga arnab dan kene
ambik order dengan Syaffiah

Ramai yang puji aku dengan Syaffiah. Helmi pulak,
buat bangang dengan telinga arnab tu. Memang
rahang aku tak berhenti bergerak sebab selalu
ketawa.







Pecahkan bekas Mcflurry sebab blend
dalam sangat













Jatuh dengan keranda minyak pada
Tahun Baru Cina







dan banyak lagi memori-memori best bila kerja kat situ

Aku akan rindukan waktu-waktu membuli Kak Aida, mengutuk dengan Helmi, bertukar cerita dengan Iwan,
berkongsi minat dengan Syakir, berbalas bahasa dengan Shahrul, Dicucuk oleh Kak Alina, buat Kak Atie
sakit hati,dengar ajaran sesat Amran dan Nasim,  kene paksa makan oleh Syaffiah dan banyak lagi

(p/s: sori la pade sesape yang aku tak sebut nape tu.korang masih lagi geng aku)

Sunday, April 24, 2011

Artwork Terbaeekk

Setakat perlancaran Projek Watak Chibi @ Kiut, yang sudah beransur perlahan
inilah salah satu artwork yang diklasifikasikan sebagai yang terbaik
walaupun menggunakan pen yang tak biasa digunakan dan juga
menghadapi masalah ketika hendak scan gambar itu.

Inilah gambar itu dengan menggunakan teknik simple potrait, modern shading,
gradient paintbucket, dan banyak lagi




































nama budak ni Nur Afifah Mat Nawi dan ape yang spesenyer
aku tak kenal budak ni. dia add FB aku dan terus mmintak aku lukis
dah la pen grafik khas aku dah kehabisan dakwat, jadi aku terpaksa la
lukis dengan ball point pen.

Friday, April 15, 2011

inspirasi Mc Donald's

sudah enjadi satu kebiasaan sebagai orang seni untuk memperolehi inspirasi
dimana jua tak kira masa dan keadaan.
komik dibawah sebenarnya bukan 100% idea aku pun tapi aku olah sikit
dari 'Lawak Kampus' oleh Keith.(sori yer)
tapi kejadian tu memang benar terjadi semase aku bertugas di kaunter dan
sebaik sahaja aku mendapat inspirasi ini, aku terus salin dalam telefon aku 
dan lakarkan manuskrip untuk komik pendek terbaru aku.
jadi layan la komik ni.

Friday, April 8, 2011

Rabbit

Rabbit~

Suatu hari yang indah,aku keje macam biase.
Posisi aku sangat best iaitu Runner.
Tambah lagi keje dengan Helmi, co-crew yang sewel.
Tiba-tiba aku dipaksa pakai telinga arnab yang berwarna PINK!
Semuanya Kak Na yang punyer pasal, manager yang paling bising.
Ni la kali pertama dalam hidupku yang indah ini kene pakai
head gear berwarna pink.Rase macam tercalar maruah dan daulat.
Pastu Helmi pulak buat hal.Paksa aku ambik order dengan telinga camtu.
Ramai yang puji aku dan ade jugak yang tanya camni

"Ade event ke pakai camni?" aku pon balas "selamat hari arnab sedunia"

dan ade jugak yang tanya camni

"Uniform baru ke?" aku dengan selamba balas " taklah, kene paksa"

Ni antara bukti-bukti gambar aku tengah 'gembira' sambil
 pakai telinga arnab tu.



Crew Counter- Aku, Helmi, Alina dan Syafiyyah

Sunday, April 3, 2011

Panas~

pade suatu ari di bulan April,
aku terase sangat la panas.
padahal bulan Mac yang lepas, hujan jer memanjang.
mungkin kesan reaktor nucklear yang meletup kat Jepun.
ape ape hal pun. kipas dah pasang hingga maksimum dan aku masih terase bahang panas.
jadi aku pun atasi masalah ni dengan stail sendiri.

aku bukak meja jepun yang tersimpan kat dapur tu.
kemudian,aku hampar tikar dan bukak sliding door luas-luas
ambik puding dan jus epal lalu duduk sambil layan angin sepoi-sepoi bahase.
lagi dramatik bile kucing aku, Debab turut join sekaki tidor atas tikar


Thursday, March 31, 2011

I'm Domo Addict!

adoyai~
sekarang ni aku dah minat yang baru.
terima kasih pada kawan lama masa sekolah rendah dulu.
dulu aku yang hanya minat pada Kamen Rider dan Gundam.
kini aku dah minat giler pada Domo, raksaksa comel dari Jepun.
gaji dah masuk dan aku dah order t-shirt dan henfon pouch kat internet.
cume tunggu harga diskaun dari taukey jer.
sampai aku tak jadi nak angkat henpon Samsung Champ yang baru..
chomel nyer horrr~

Wednesday, March 23, 2011

blending blank

Pada satu hari yang agak mendung
aku pergi keje macam biase.
posisi aku ari tu adalah FF (french fries)
pastu tetibe aku terpakse jadi runner
aku buat keje macam biase.
















pastu Iwan suruh aku buat Oreo McFlurry.
Jadi aku buat la macam biase.














Mase tengah blend McFlurry tu,
tetibe jer kepala aku blank
aku khayal sekejap















Pastu aku dengar bunyi ''Krakk!!''
aku try intai,
rupenye cawan McFlurry dah pecah
sebab aku blend dalam sangat.
















Sumer kawan aku ketawa termasuk manager.
Aku pelik la kenape rancak sangat ketawa?
rupenye aku la pertama kali dalam sejarah McDonalds Paya Bunga
yang pecahkan cawan kat tengah biasanya kat tepi cawan

Tuesday, March 22, 2011

TERIMA KASIH GADIS DOMO!

Sejak dua menjak ni aku dah jarang berkarya sebab sibuk dengan tugas harian.
ramai la jugak yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya Syamil?
aku tak menghilang sebenarnye cume mendiamkan diri buat masa dan ketika ini.
time aku free hari tu ade la aku main facebook sikit-sikit.biasa jer.
notification tak la banyak mana. pastu aku tiba-tiba teringatkan kawan sekolah
rendah aku dulu. Aimi Shamili namanya. Aku pon dah takder kerja lalu postkan
gambar paper toy Domo-kun kat wall dia.Domo ni nama patung yang terkenal kat Jepun.
dia ni memang minat giler la kat Domo ni sama macam aku sebab aku suke tengok
kartun Domo mase kecik-kecik dulu. Jadi kiteorang berkongsi la minat sama kat
laman sesawang tu. malam tu aku kebosanan, blog pon lame tak publish post baru.
jadi gadis domo ni telah berikan aku inspirasi untuk artwork dan post yang baru sekali gus!
wahai gadis domo, terimalah lukisan ini,
sori yer, gmbar ni takder shading..haha

Saturday, March 12, 2011

Paranoia versus SiLENT

ops, dah lame aku tak publish komik hasil aku sendiri kat dalam blog ni.
mane tak nyer, asyik duk nulis pasal aktiviti lain jer..
kali ni aku publish komik dimana aku telah menggunakan skill meniru aku yang
digeruni semasa aku sekolah dulu.
Okey, tu jer..nikmatilah komik ni dan kepade Paranoia of Ayie (Mohd Zaimhairudin),
sori bebanyak sebab tiru stail lukisan kamoo..haha

TAS COMIC : Tiru (HD)

Monday, March 7, 2011

I'm lovin' my breakfast

bebaru ni aku dapat la kupon breakfast McD.
satu kupon breakfast family box yang aku dah tebus bersama family aku,
dan satu lagi 2 keping kupon big breakfast (kene belanja RM5 ke atas)
bigbreakfast tu ade 2ps english muffin yang berkaramel, 1ps sausage eastern style dan scrmble egg.
tapi yang best adalah Hot Cakes..
perghhh!!
bau yang memikat selera, kelembutan kek yang masih panas dengan sirap madu serta marjerin.
makan satu set mesti tak cukup punyer..























pergh...tengok saje on dah melilih air liur..haha
tapi kenikmatan lebih berganda bila dikongsi dengan bestfriend aku..
iaitu Napi dan Syafiq..
kiteorang makan macam kude tak makan seminggu..
habis bersepah meja macam kandang babi.haha


sekian~