Thursday, August 11, 2011

aktiviti aku bila takder keje

aduih,
semua kawan-kawan dah balik kampung.
termasuk la room mate aku Din.
dalam blok tu cume ade 2 orang jer.
iaitu aku dan Alif yang perangai agak samseng jadi
aku kurang rapat dengan dia.
jadi aku buat-buat tidur dalam bilik sepanjang hari.
as you know, (amboi, speakingnyer kiter)
aku ni spesis manusia yang tak tidur siang,
jadi aku pun malas la baring-baring tak
buat ape-ape sepanjang hari.


























melukis adalah salah satu benda yang aku akan buat bile
dah takder keje.
tapi kalau dah takder ape yang nak dilukis,
terpaksa la aku duduk baring tak buat ape-ape  T_T

Saturday, August 6, 2011

teman-teman seperjuangan

baru-baru ni aku ada la tengok koleksi gambar
kawan-kawan kat dalam laptop.
pastu terfikir nak buat poster, jadi aku kummpul
gamar-gambar cun dan jadikan sebagai sekeping poster
seperti ini:

dari kiri: Emi, Joe, Napi, Aku, Sapit dan Ayin

cun tak? ni la bestfriend aku.tak, sebenarnya banyak
lagi tapi xder gambar cun. sori banyak-banyak yer,
nanti kite buat photoshoot khas kat somewhere
only we know.

dari kiri adalah Zuhaimi @ Emi. Seorang yang pendiam
macam aku tapi lebih bijak dalam matematik itu jer
bezanya.heh.

kedua adalah Zulkifli @ Ju tapi aku lebih suka panggil
Joe sebab lebih maskulin. seorang ketua yang bagus
semasa form 5. banyak bagi contoh-contoh yang baik
kepada rakan sekelasnya.

ketiga adalah Hanafi @ Napi @ Jet. bestfriend paling
lama iaitu sejak form 2. perangai yang sama, minat
sama, taste yang sama dan mempunyai banyak connection
@ hubungan diplomatik antara kummpulan lain.

keempat adalah aku, tak perlu citer banyak nanti orang
sakit hati pulak. seorang yang pendiam tapi periang
kalau bersama orang yang rapat.ada bakat pelukis, pengarah,
editor dan strategi forecaster yang bagus.

kelima pula adalah Syafiq. seorang yang selalu happy dan
selalu membuat kiteorang happy. selalu menyembunyikan
kebijaksanaannya disebalik sifat bangangnya

keenam adalah Fadzrin @ Ayin. seorang yang penyabar sebab 
selalu jadi bahan lawak dalam kumpulan kami. selalu
menggunaka bahasa saintifik @ istilah untuk menghuraikan
sesuatu perkara

setakat tu jer lah. jadi kepada kawan-kawan yang lain seperti
Idham, Syed, Aliff, dan lain-lain harap jangan kecik hati.
nanti kite buat photoshoot sama-sama

Monday, August 1, 2011

cerita dari Singapura (part 2)

Kota Singapura, memang aku agak kagum dengan kamu,
pengalaman bekerja di Singapura sangat indah dan best.
Ramai kawan baru tak kira bangsa, umur, negara dan agama.
dan tak lupa juga banyak tempat-tempat menarik aku lawati.
Banyak tempat aku sudah pergi tapi yang menjadi kegemaran adalah
Bugis Junction

Aku paling suka adalah Malay Street, dikelilingi bangun melayu klasik, dipenuhi dengan
gerai-gerai kecil yng menjual pelbagai jenis cenderamata.
di tengah-tengah bandar Bugis

bazaar

Saturday, July 30, 2011

ramadhan tahun ini,

semua manusia memang takkan terlepas dari kesilapan termasuklah aku sendiri

bulan Ramadhan tahun lepas aku telah lalui dengan banyak kesilapan seperti:

i  ) hanya tidur dan baring atas kati sepanjang hari
ii ) gunakan bulan ramadhan sebagai alasan untuk mengelak banyak perkara
iii) dan banyak lagi.

jadi ramadhan tahun ini, aku akan laluinya dengan penuh makna

dan cuba untuk memafami erti ramadhan yang sebenar-benarnya

dan bukan hanya untuk menunggu waktu lebaran

29 Ramadhan tahun lepas

Friday, July 22, 2011

cerita dari Singapura (part 1)

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengintai-pengintai blog ini.
sudah 3 bulan lebih aku tak update blog busuk aku ni sampai penuh dengan sesawang.

Kenapa? Why? Nande Kurre?

Kerana aku bekerja di Singapura.tanya kenape lagi?
sebab gaji lumayan, boleh pengalaman baru dan jugak dapat ramai kenalan
baru dar pelbagai kaum dan warganegara

Tempat kerja pertama aku kat Jurong East.
tempat tu panas dan kotor.memang $#!t 
kat sana aku kenal dengan Auncle Kallang, Auntie Chong dan Conan.
cerita kat sini tak la best mana tapi aku antara pekerja paling laju
sebab kat sana hampir semua pekerja sudah tua-tua belaka.

belakang medan selera di Jurong East

Tempat kerja kedua adalah dekat medan selera Makan Place di Ngee Ann Polytechnic.
kat sana aku kenal dengan Milla (phillipine), Ila (sabah), auncle Mutu (india malaysia),
Pakcik Mat (malaysia), Gunung (sabah) dan Suhardi (malaysia). kat sana kerja lebih ringan
sebab berurusan dengan golongan pelajar dan aku sudah training kat Jurong East selama sebulan lebih.

makan place. gmbar tak sempat nak rotate

Tempat kerja ketiga adalah paling best iaitu kat Soeul Garden, sebuah restoran buffet BBQ ala Korea
 yang halal.Kenapa best? kerja kat sane lebih berat tapi suasananya ceria dan aku kerja bersama-sama
ayah aku. Kat sana aku dapat ramai kawan baru seperti Billy (indonesian), Febby (indonesian),
Rodhel (philipine), aunty Tan & auncle Ngo (chinese singaporean), Sir Edy (indonesian), 
Easther (malaysian chinese), dan beberapa orang Melayu Singapura iaitu Adi, Sufi dan Isham.
Bestfriend aku kat sana adalah Adi dan Billy. memang kena sebab 3 kawan baik dari 3 negara berlainan.

backsink restoran soeul garden
Semasa aku kerja kat sana aku baru tahu erti kesusahan untuk mencari sesuap nasi lebih-lebih lagi
bila kerja dengan ayah aku. Dari segi bahasa gaming, aku juga telah berjaya unlock beberapa form terbaru
seperti:

EXTEREME FORM:
- sangat laju tapi kesannya aku sakit kaki sampai MC keesokkan harinya

FAST FORM:
- 2X laju dari kelajuan biasa tapi senang pening
- boleh akses hanya 2 kali sehari

OVEREXCITED FORM:
- laju seperti Extereme Form tapi lansung tidak letih
- lansung tidak tahu bagaimana untuk akses Form ini


Tuesday, May 3, 2011

aku berhenti

Hello bulan Mei (sambil tiup habuk kat blog ni)
selama 4 bulan aku kerja kat McDonal's, banyak memori-memori indah yang aku dapat


Ada waktu itu aku terbuang makanan orang
sebab terlalu asyik tengok awek cun dengan Syakir.
Abis la, memang gelabah gile mase tuh.
Last-last sekali, Fik pounch yang baru untuk awek tu.
Aku pun tak kene maras.

TQ Fik!!






Ada jugak waktu mengutuk custemer depan
kaunter dengan Helmi

Dipaksa pakai telinga arnab dan kene
ambik order dengan Syaffiah

Ramai yang puji aku dengan Syaffiah. Helmi pulak,
buat bangang dengan telinga arnab tu. Memang
rahang aku tak berhenti bergerak sebab selalu
ketawa.







Pecahkan bekas Mcflurry sebab blend
dalam sangat













Jatuh dengan keranda minyak pada
Tahun Baru Cina







dan banyak lagi memori-memori best bila kerja kat situ

Aku akan rindukan waktu-waktu membuli Kak Aida, mengutuk dengan Helmi, bertukar cerita dengan Iwan,
berkongsi minat dengan Syakir, berbalas bahasa dengan Shahrul, Dicucuk oleh Kak Alina, buat Kak Atie
sakit hati,dengar ajaran sesat Amran dan Nasim,  kene paksa makan oleh Syaffiah dan banyak lagi

(p/s: sori la pade sesape yang aku tak sebut nape tu.korang masih lagi geng aku)

Sunday, April 24, 2011

Artwork Terbaeekk

Setakat perlancaran Projek Watak Chibi @ Kiut, yang sudah beransur perlahan
inilah salah satu artwork yang diklasifikasikan sebagai yang terbaik
walaupun menggunakan pen yang tak biasa digunakan dan juga
menghadapi masalah ketika hendak scan gambar itu.

Inilah gambar itu dengan menggunakan teknik simple potrait, modern shading,
gradient paintbucket, dan banyak lagi




































nama budak ni Nur Afifah Mat Nawi dan ape yang spesenyer
aku tak kenal budak ni. dia add FB aku dan terus mmintak aku lukis
dah la pen grafik khas aku dah kehabisan dakwat, jadi aku terpaksa la
lukis dengan ball point pen.

Friday, April 15, 2011

inspirasi Mc Donald's

sudah enjadi satu kebiasaan sebagai orang seni untuk memperolehi inspirasi
dimana jua tak kira masa dan keadaan.
komik dibawah sebenarnya bukan 100% idea aku pun tapi aku olah sikit
dari 'Lawak Kampus' oleh Keith.(sori yer)
tapi kejadian tu memang benar terjadi semase aku bertugas di kaunter dan
sebaik sahaja aku mendapat inspirasi ini, aku terus salin dalam telefon aku 
dan lakarkan manuskrip untuk komik pendek terbaru aku.
jadi layan la komik ni.

Friday, April 8, 2011

Rabbit

Rabbit~

Suatu hari yang indah,aku keje macam biase.
Posisi aku sangat best iaitu Runner.
Tambah lagi keje dengan Helmi, co-crew yang sewel.
Tiba-tiba aku dipaksa pakai telinga arnab yang berwarna PINK!
Semuanya Kak Na yang punyer pasal, manager yang paling bising.
Ni la kali pertama dalam hidupku yang indah ini kene pakai
head gear berwarna pink.Rase macam tercalar maruah dan daulat.
Pastu Helmi pulak buat hal.Paksa aku ambik order dengan telinga camtu.
Ramai yang puji aku dan ade jugak yang tanya camni

"Ade event ke pakai camni?" aku pon balas "selamat hari arnab sedunia"

dan ade jugak yang tanya camni

"Uniform baru ke?" aku dengan selamba balas " taklah, kene paksa"

Ni antara bukti-bukti gambar aku tengah 'gembira' sambil
 pakai telinga arnab tu.



Crew Counter- Aku, Helmi, Alina dan Syafiyyah

Sunday, April 3, 2011

Panas~

pade suatu ari di bulan April,
aku terase sangat la panas.
padahal bulan Mac yang lepas, hujan jer memanjang.
mungkin kesan reaktor nucklear yang meletup kat Jepun.
ape ape hal pun. kipas dah pasang hingga maksimum dan aku masih terase bahang panas.
jadi aku pun atasi masalah ni dengan stail sendiri.

aku bukak meja jepun yang tersimpan kat dapur tu.
kemudian,aku hampar tikar dan bukak sliding door luas-luas
ambik puding dan jus epal lalu duduk sambil layan angin sepoi-sepoi bahase.
lagi dramatik bile kucing aku, Debab turut join sekaki tidor atas tikar