Sunday, October 23, 2011

My beloved PSP go

Salam kepada semua pembace setiaku.chewah
Tibe-tibe aku teringat kisah macam mana
aku bertungkus lumus untuk dapatkan PSP go
kesayanganku ini.

















Memang aku tak rancang untuk beli tapi kebetulan
kedai game Fun City kat City Square, Johor Bahru
ada promosi kepada semua jenis konsol dan yang
paling murah adalah PSP go iaitu RM580 full
modified, game percuma sampai 16GB.

Hari aku boleh gaji semasa kerja di Singapura tu
aku dah mintak cuti pada keesokkan harinya. Tapi
aku lupa yang hari tu adalah hari Sabtu. Ramai
orang Singapura 'turun' ke Johor Bahru untuk
bersua ria. Pada asalnya aku nak naik bas kat
Bugis sebab senang terus masuk ke Johor tapi orang
ramai giler dan hujan yang sangat lebat. Jadi aku
guna plan B iaitu naik MRT (Mono-Rail Train) sampai
stesyen Woodlands.

Lepas tu aku naik bas SBS nombor 90 ke Johor Central
dan terus ke Woodlands Checkpoint. Time aku nak ke
Kastam Johor, aku terkejut tengok ramainya rakyat
Singapura berebut nak masuk ke Johor sampai ada yang
sanggup berjalan dari Checkpoint ke Kastam (dalam 2KM).
 Keadaan dalam bas ibarat tin sardin. Jam 5.30 petang
waktu tempatan (walaupun waktu kat Malaysia sama jer
dengan Singapura) aku sampai kat City Square, aku
terus ke kedai Fun City dan terus bayar RM600 *termasuk
screen protector*.

Dan pada saat itulah hidup aku sentiasa ade Gogo (PSPgo)
yang menemani dikala aku bosan.sekian.fullstop

No comments:

Post a Comment