Monday, October 11, 2010

aku dan obsesi Gundam


Gundam merujuk kepada robot humanoid atau lebih dikenali sebagai mecha. Anime ni berjaya menambat hati ramai penonton tak mengira kanak-kanak riang, remaja, dewasa, warga emas mahupun golongan otaku atau hard die fans. Aku sebagai penggiat seni juga menggunakan Gundam sebagai sumber inspirasi aku. Aku mula tengok anime ni mase aku form 2, dan mase tu anime Mobile Suit Gundam Seed mula disiar kat TV2 pastu musim ke2 anima besambung pada form 3 mase aku tak layan mane sebab sibuk study untuk PMR. Lepas tu era Gundam fevered aku siar kat NTV7 iaitu Mobile Suit Gundam OO (double O). Karekter design memang cun apatah lagi design mecha-mecha dalam anime tu, sistem GN drive pun menarik perhatian aku. Lepas jer SPM, aku start beli benda alah ni dengan gaji aku kerja kat A&W.
GN-004 Gundam Nadleeh

Ni la model kit Gundam pertama aku iaitu GN-0004 Gundam Nadleeh, dipandu oleh Tierria Erde. Bentuk asal Gundam ni sebenarnya ‘gemuk’ dan akhirnya zirah-zirahnya pecah membentuk Gundam Nadleeh. Harganya RM60 dan level pemasangan model ni dikira senang.

GN-0001 Gundam Exia
Ni Gundam kedua aku iaitu GN-0001 Gundam Exia Trans-Am Mode, dipandu oleh hero citer ni iaitu Setsuna F. Seiei. Trans-am adalah sistem kecemasan dimana enjin GN Drive berfungsi berkali-kali ganda daripada biasa dan menyebabkan Gundam bergerak dengat sangat laju dan bertukar warna kemerah-merahan dan berkilat. Harga Gundam ni RM69.90 dan level pemasangan dikira medium.

GNZ-005 Garazzo


Ni mecha daripada anime Gundam OO musim kedua. Ni adalah GNZ-005 Garazzo, dipandu oleh Bring Stability iaitu seorang Innovator dari pasukan A Laws iaitu musuh dalam anime ni. Mode ni berharga RM70 tapi dikurangkan menjadi RM60 kerana menjadi pelanggan tetap. Tahap pemasangan boleh tahan susah especially kat bahagian bahu.

GN-0000+GNA-010 Trans-am Raiser


Ni adalah GN-0000 + GNA-010 TRANS-AM RAISER atau senang citer 00 Gundam yang bergabung dengan O Raiser iaitu jet pejuang yang direka khas untuk OO gundam nie. OO Gundam adalah gundam kedua Setsuna F. Seiei dan mempunyai 2 enjin GN Drive daripada Gundam Exia dan O Gundam. Model ni adalah yang paling susah kerana mempunyai senjata yang banyak dan struktur badan yang kukuh. Malah, jet O Raiser juga susah untuk dibina. Ni baru High Grade, kalau Real Grade macam mane aku nak pasang entah…

No comments:

Post a Comment